Saturday, December 20, 2008

Busy ! Busy ! Busy !

Arhhhhh....

Banyak benda tak buat reconcilation lagi..

Sbb, banyak ad hoc case yang tak habis2
tiap2 hari..memcee toi..

Nota: The Customer is Always Right

KL-Perth-KL




Pekan Perth ni, tak de beso mane.
Kecik je..pusing2 town dah boleh
ingat jalan kot mana.

Tapi pekan Perth ni, business hours
nya tak macam kat sini.Jangan harap
le nak window shopping lama2.
Sat/Sun- 1230hrs-1630hrs.
Sampai je depan pintu 4.15ptg
staff dia dah macam nak halau
kita orang masuk kedai..
Cerita sorang nyonya Mesia, yg dah
dapat PR dok kat sana,orang Astolia ni,
memang macam ni, tak suka kerja
lebih masa, tepat jam 4.30ptg je, terus
tutup kedai & tutup opis usah harap lah
nak kerja overtime2 ni..
Nyonya ni cite, mula2 dia dok Astolia ni,
bersemangat gila, sbb dah terbiasa kerja
lebih masa, tapi bila dah dok lama2..
dah jadi macam org Astolia..
buat kerja relax2, semua konsep tak-apa-tak apa..
Tak macam orang Mesia,selagi tak malam
selagi tu kedai tak tutup.
Town Perth ni petang2 dah tak de orang kat tengah
town tu, lengang sungguh, sunyi sepi...
semua dok rumah relax depan tv kot nya..

Makan lak, ada 2 kedai Indon kat tengah2 town tu.
Kira mahal gak sbb nasi goreng $9 sepinggan &
teh tarik $4.5 secawan, kalau convert duit rengget
kita dah 33rengget seorang makan.
So kalau nak jimat sikit perkena le kebab @ burger
yang mana business sampainya midnight dan
ada status halal.Burgernya lebih beso drpd
burgerKing kat Mesia & kebabnya memang sedap.
Tapi biasalah, anak melayu tulen sejati,
macamna pun mesti nak cari nasi gak.

Rege minyak kat sana 98.5cents- 1 liter.
Tak sampai $1 seliter.
Tapi kalau nak jalan kat sana, tak yah risau
sbb boleh naik bas free. Pi mana2 tahan je
bas tak perlu bayo apa2 pun.

Nota: Malam tadi Majalah3 ada cite pergi Perth ngan AirAsia.
Ada scene gambar kami sekeluarga kat Airport tengah q
nak ambil ticket Masa balik sama flight ngan CEO TV3
ngan crew2 Majalah3.

Wednesday, December 17, 2008

Busy

teramatlah busy ngan kerja..

gambo2 pi Perth pun tak nengok2 lagi..

ade2 aje..


Nota: Beg beso pun tak buka lagi.

Tuesday, December 16, 2008

Work

banyak kerja pending !!!!!!!!!!

tahun 2008 dah nak habis tapi
banyak report tak siap2 lagi...

weh,
korje yong korje..


Nota: Usaha Tangga Kejayaan

Monday, December 15, 2008

Post Bengang 2 (Edit)

Adoi !!!!!!!!

Harga minyak turun lagi !!!!!!!!!!!
Tanpa notis & Tanpa sok sek sok sek ....
Tiba2 g*men annouce harga minyak turun..
RM7k..gone in one night..apakah?????????!!!!!
Bila fikir2, macam stesen dah beri subsidi kat rakyat lak..
...stesen minyak telah berkorban menjual
minyak dengan harga kurang dari harga kos sebenar seunit
...pengorbanan membeli harga mahal, menjual harga rendah
demi untuk rakyat
...pengorbanan ini adalah pengorbanan utk rakyat

apakah????????!!!!!!!!!!!

Nota: Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung.

Air Asia X




Jalan2 ke Perth, by Air Asia X....

Huh,huh,huh..amatlah memenatkan &
memboringkan...nak tido pun tak leh..

Sebab ape?
... trip 5 hours..
... kerusi tak leh recline..badan tegak je..5 hours
... makanan tak cukup, nak beli Maggi Cup pun tak de....
(reason: u kena order masa booking flight, food limited )
... no entertainment -
... ada movie tapi tak silap 1 movie kena bayo RM50
... air cond panas, walaupun trip jam 1 pagi.
... no music

Tapi sbb nak pi Perth, dengan tambang murah..
so macam ni lah gayenya...
janji sampai ke Australia..huhuhu


Nota: Jauh Perjalanan Luas Pengalaman

Tuesday, December 9, 2008

Oh Bulan !



Aku gumbira.Sebabnya? dapat nengok bulan tersenyum.
Kepada sesapa yang perasan, minggu lepas kot,
cantik weh..dua bintang satu bulan..tersengih...


Nota: Anugerah Tuhan yang Esa.

Solat Sunat Aidil Adha

Sedih ! aku tak sempat solat berjemaah
aidil adha.Opss, bukan aku saje datang lambat,
tapi apasal lak iman kat Masjid Uia ni, mula
awal dari jam 8.20 pagi.Setahu aku, biasanya
solat ni mula jam 8.30 ke ? @ 8.45 ke..


Tapi,sampai je kat gate beso UIA, dah bunyi
takbir iman.Rupenya bukan aku aje yg lambat,
ramai orang dok berkejo-kejoran nak menuju ke
masjid.Aku rasa banyak gak yg terlepas
nak berjemaah kot.Tak pe,tak pe next year kalau
panjang umur, aku pastikan aku sampai masjid awal.
Lainlah kalau aku kat kampung,al maklumlah,
surau sebelah rumah, iman start takbir,
baru le kelam kabut cari selipar nak menuju surau.


Disebabkan raya tanpa keluarga di sini,tak de lah
lemang ke, ketupat ke , rendang ke, di pagiraya.
Dah tu pulak tahun ni semua kafe kat UIA ni tutup.
Tahun lepas ada gak yang buka, so terpaksa pi SG,
pusing punya pusing,nasib baik ada satu
kedai mamak yg prihatin bukak,so dipagi raya kami makan
roti bakar+teh tarik je...huh.huh.huh..
Nasib baik, kat tempat kerja ada menu rendang &
nasi impit so melepas gak rindu masakan rendang
mak kat kampung..


Nota: Anak Perantau

Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya Haji



Raya Haji tahun ini, aku tak balik kampung.
Berhari raya di sini sahaja nampaknya.
Sedih gak tak balik raya, sbb rasa2nya kat
kampung raya haji tahun ni, meriah & riuh.
sbbnya kitaorang 8 beradik sepatutnya pulang
ke kampung hanya aku aje yang dok raya kat KL ni.
Lagipun memang biasanya raya haji,aku tak balik
kampung sbb cuti sehari je, pagi selasa dah mula kerja.
Bukannya tak nak balik,actually ada buat korban
kat sini, bersama2 ngan task force stesen kawasan sini.
Insyallah 3 ekor lembu akan disembelih di Masjid Sg
Ring pada pagi raya haji nanti.

Nota: Esok nak sembahyang raya kat Masjid UIA.

Tuesday, December 2, 2008

Post Bengang

Hari ni, aku betul2 bengang ngan decision g*men.
Memang lah semua orang gembira rege minyak turun,
aku pun suka. Tapi apasal lah nak turun minyak
tapi tak inform awal2, ini tidak sesuka saje.
Padahal aku baca surat kabo hari kata rege minyak
akan turun sebelum raya haji dan hanya terhad kepada
minyak petrol sahaja. Tiba-tiba jam 6 petang terima sms,
rege turun untuk petrol & diesel. Setelah 6 kali
penurunan harga minyak, kerugian kini telah memcecah 50 r*bu.
Pening, weh pening. Tiap-tiap hari login maybank2u,
balance makin hari makin susut. Tiap-tiap bulan turun
harga, bulan Nov saje sampai 2 kali.
G*omen sepatutnya informlah 2 hari sebelum ke?, so senang nak
plan stok level.Sbb sedia maklum yang mana stok kering kena
kompaun RM100,000 & surat tunjuk sebab.So for sure stok akan
senantiasa disimpan diparas yang selamat.Losses pun minimise.

Nota: Think Positive

Sunday, November 30, 2008

Apa dah jadi ??



Aku rasa, penggunaan Bahasa Melayu aku dalam penulisan
telah berubah semenjak aku menulis didalam "blog" ini.
Bahasa yang aku tulis telah menjadi tunggang terbalik
dan ejaan-ejaan juga telah diubah sesuka hati mengikut
selera aku sendiri dan aku yakin pastinya jika guru
sekolah membuat pemeriksaan di atas kertas ujian aku
pastinya aku gagal.Dalam penggunaan penulisan Bahasa Melayu,
aku sesuka hati menyelitkan Bahasa Inggeris.
Selepas itu tanpa ada tanda koma, tanda seruan, tanda
titik yang wajib diletakkan di tempat yang betul.

Apa sudah jadi? Dimanakah hilangnya kesenian dan
tatabahasa Bahasa Melayu yang sebenarnya?
Tetapi aku rasa jika aku menggunakan Bahasa Melayu
yang tertib dan betul, segala cerita-cerita menjadi
tidak menarik dan terlalu formal seperti yang aku cuba
laksanakan disini.

Maka pada masa hadapan adalah tidak khuatir, kita
akan melihat Bahasa Melayu menjadi "rojak" atau hilang
disebabkan penggunaan bahasa "rojak" ini bukan terhad
kepada budak-budak remaja sahaja tetapi tidak kira tua
atau muda, makcik-makcik, pakcik- pakcik, semuanya telah
menggunakan bahasa melayu "rojak" sebagai media
penulisan mereka.

Nota: Sebagai renungan sahaja. Sebab selepas ini aku akan menulis
Bahasa Melayu " rojak " juga. Ha ha ha ha

Thursday, November 27, 2008

Adoi !!

Banyak mende yang perlu diselesaikan, tapi semenjak
dua menjak ni sibuk le bebenor...

**Bank Reconciliation
**Touch & Go Top up Reconciliation
**Smartpay Subsidi Diesel Top-up Reconciliation
**Cash Drop Reconciliation
**Fuel Inventory Movement Reconciliation
**Cash Payment Reconciliation
**Payment to Suppliers
**Profit & Loss Report
**Daily Sales Report Reconciliation
**End Month- Salary & Claims Staff
**Training i Smile to staff- asyik dok receive reminder from AM
**Stock receiving Reconciliation

Opps..ada more 10 items, yang perlu diselesaikan segera...
Dan perbagai-bagai perkara yang tiap-tiap hari ada saja
cerita-cerita @ agenda-agenda adhoc yang memeningkan kapla...

Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya..

Amin..

Tuesday, November 25, 2008

Syukur



Pada 20/11/08 hari Khamis lepas, hero kesayangan
teman telah berkhatan ngan sepupunya di kampung,
bukan yang tradisional junjung2 macam zaman
dolu-dolu tau, tapi dilaksanakan di sebuah klinik
di pekan teluk diamond.Actually, teman tak de experience
langsung bab2 ni, sbb teman tak de adik
laki so tak tahu macamne gaye & procedurenya.

Tapi yang pasti, macam2 cite yang teman dengor,ada
yang positive & negative.So tawakal ajelah.
Alhamdullilah semua dah selamat,tapi masa procedure
dijalankan sian & sedih,teman nengok anak
teman menangis sampai teman pun nangis gak...tak sanggup
dengor anak teman menangis.

So post kali ni, teman letak gambo deme dua orang.
Bolehlah buat kenang-kenangan.Mana tahu nanti teman
dah tua2, boleh gak nengok2 & ingat2 gaye dan procedurenya.
Sebabnya, bila teman tanya mak teman, katanya dia dah tak ingat
dah macamne gaye anak lelakinya berkhatan zaman dolu2 untuk
direcall pulak buat cucu-cucunya..

Yang kelakaunya,anak teman & sepupunye balik je dari
klinik jumpa sepupu pompuan, terus cakap
'adik untung la jadi pompuan tak yah sakit2 kena sunat'
kelakau betul bebudak ni.tapi bebudak ni tak tahu,
pompuan lak terpaksa menanggung kesakitan yang
amat dasyat masa kelahiran & selepas kelahiran
yang mungkin dialami sekali @ pun entah berapa kali..

Nota: Anak teman umur 8 thn, sepupunya umur 9 thn.

Saturday, November 15, 2008

Dengan nafasMu

Weh, aku telah jatuh cinta ngan lagu-lagu
Ungu, kotnya bisa menggegarkan jiwaku,hatiku
& rohaniku yang sekarang ni, terlampau sibuk
ngan kerja kerja duniawi sampai kekadang terlupa
& terlalai kepada tanggungjawab2 & kasihNya Allah
kat aku.

Walaupun peningnya hidup di dunia ini,
kita tahu ALLAH akan memberi yang terbaik
untuk umat2Nya.


Dengan NafasMu- ungu .


Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
Kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan kuserukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil kembali pada-Mu

Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam doaku

Dan demi nafas yang telah
Kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji,
ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu,
menjauhi segala larangan-Mu

Adalah sebaris doaku untuk-Mu

Tuesday, November 11, 2008

Memburu Impian



Kristal - Memburu Impian

Ku Jejak
Jalan Yang Berliku
Membara Jiwa Ku
Memburu Impian

Ku Renang
Lautan Gelora
Biar Pun Tersadai
Di Hujung Dunia

Akan Ku Rempuhi
Segala Rintangan
Biar Pun Rebah
Ku Bangun Sendiri

Akan Ku Genggam
Biar Pun Hitam
Menjadi Milik Ku

Ku Mula Dengan
Langkah Ini
Menuju Sinaran
Yang Abadi


Sempena " Academic Excellence Award " day
hari Sabtu ni, my hero kena perform utk Tahun 2
nyanyi lagu diatas & satu lagu Arab.
First day my hero balik sekolah
nyanyi2 lagu ni, rasanya macam pernah dengar je.
Tapi tak ingat lagu siapa. Rupa2nya lagu group Kristal
yg bebudak2nya rambut panjang gitu.

Tapi liriknya memang very meaningful tak kira utk budak
budak sekolah @ sesapa saje.

Sekali segala, kena jugak dengar lagu2 macam ni, utk
memotivasikan diri, daripada layan lagu cintan cintun je..

Saturday, November 8, 2008

James Bond- Quantum of Solace




Setiap kali cerita James Bond keluar, kitaorang mesti
serbu cinema.Tapi kali ni dah siap booking awal, so
sampai kaunter tak yah beratur panjang.Sampai je terus
bayar & ambik tiket.Kalau tak berjela2 panjangnya,
almaklum le gaji baru masuk.

Nak cerita pasal, Quantum of Palace rasanya tak de hebat
sangat tapi my habibi & my son kata best. Tak tahu yang
mana bestnya. Biasalah cerita James Bond ni,
mesti ada aksi kejo-mengejo atas bumbung, lompat-lompat
atas bumbung & tembak menembak yang hero gerenti tak mati.

Lagi satu, mesti kereta yg James Bond pakai ni yg canggih
manggih, kali ini kete Aston Martin dan tak silap rasanya
stuntman yg buat cite ni sampai koma accident masa
bikin ini pilem.Lepas tu pulak speed boat yang canggih
manggih gak dan kapal terobang yang dah kena tembak
banyak kali pun tak crash. Yang best nya ada scene
yg tunjuk kereta Land Rover Defender110 & Defender D90
kat dalam cite ni..kira canggih gak kete kebal aku..

Tapi yang peliknya, motif utama kat dalam cite ni adalah
pasal ayor(water) kat Bolivia ni nak kering,dan pasal
nak balas dendam si James Bond.

Tapi sebabkan ayor ni, berapa orang mati daaaa....

Cerita James Bond kali ni ni macam dah tak de motif lain kot.
Tapi rasanya ok gak boleh mengajor orang pekio utk
jimat ayor & save environment..

Bak kata Shiela Majid dalam lagunya...

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

Weh...
apa aku melalut ni.....muahhaaa haha

Layan..........

Thursday, November 6, 2008

Obama



Barack Hussein Obama

Satu dunia mengucapkan tahniah kat Barack Obama.
Negara Afrika-Kenya siap annouce public holiday
sempena kemenangan yg julung2 kalinya & yang
bestnya sekali nengok dalam surat kabo hari ini,
budak-budak sekolah lama Obama kat Indonesia mengangkat
poster Obama.

Bila baca kisah hidup Obama ni, memang complicated gak.
Asalnya bapaknya Muslim, orang Afrika Kenya dan maknya
orang Amerika.Jadilah dia orang Afrika-Amerika.Tapi
sebab bapak & mak berpisah so perjalanan hidupnya
agak memcabar, ke sana ke mari di hantar.Tapi disebabkan
pengalaman hidup yang mencabar ini lah akhirnya berjaya.

So, sekarang kita tunggu je perubahan yg akan dibuat
oleh Obama. Sbb dia pernah diajar2 tentang Islam
masa kecik2 minta-minta dasar-dasar barunya lebih
bertimbang rasa. So dah tak de lah Sept 11 kali ke2..

Bravo..bravo......

Tuesday, November 4, 2008

Andai ku tahu




Andai ku tahu- ungu .

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…

Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…

Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…

Walaupun dalam bahasa indon, tapi liriknya
amatlah mendalam disamping melodi yg indah..
memang best lagu ni..

Kat radio, sekarang ni, dah jarang-jarang
sangat dengor lagu2 nasyid, macam zaman
lagu-lagu Raihan, Hijjaz dan group2 lain
yg seiring zaman tuu.

Dulo-dolu kat tv selalu je keluar video klip
nasyid-nasyid ni..sekarang ni nasib baik ada
channel astro oasis & radio Ikim..jika tidak
rakyat M*laya ni di pamerkan ngan hiburan
semata2 tanpa ada saluran2 yg dapat mengingatkan
kita pada Tuhan..

Especially utk bebudak zaman sekarang,
dah tak de lagu2 yang boleh dijadikan
ikut-ikutan, macam lagu Raihan syukur ke,
puji-pujian ke, iman ke..coz sampai ke hari
ni rasanya kalau didengor lagu ni, masih
boleh diingat lirik2nya dari awal sampai akhir

ataupun aku yg tak update lagu terbaru
Raihan kot..muahahaha hahah

Bak kata farah fauzana......Layannnnnnnnnn...

Thursday, October 30, 2008

Dilemma Minyak Turun

Weh, apa dah jadi ngan g*men sekarang ni.
Dalam surat kabo, kata hujung bulan nak turun
rege tapi la ni dah hujung bulan tak dengo
apa cite pun.Tapi yang kelako, dalam surat
kabo cite, minist*r KPD* ni boleh kata, g*men
tak leh turun rege minyak banyak2 coz nanti
tokei2 stesen marah, coz rugi banyak.
Konunnya, nak jaga stesen2 kat Msia land ni,
so rakyat pun kena sabo le..iskh,ish
padahal g*men dah untung gila2 coz minyak
dunia dah below $70 per barrel ..
Zaman minyak naik bulan July dulu above $100
per barrel..so sepatutnya rege dah turun..
Masalahnya mekanisma yg gomen buat tak betul &
tidak practical langsung.
Nak turun tak ngapa,beri notis 2 hari ke kat
semua opis pembekal2 minyak, so stesen2 boleh
plan stok berapa stok nak kena simpan. So kepada
mana stesen yg tak jual minyak & kering minyak
minist*r KPD* ni, pi lah denda kat stesen tu.
Gerenti,gerenti stesen akan
maintain stok di paras yg selamat.So stesen pun
tak le menanggung loss yg tak sepatutnya berlaku.
Both pihak pun happy. So loss pun minimise le..

Sekarang ni, dalam dilemma, nak isi stok tinggi
ke rendah. Kalau tinggi, tiba2 rege turun, nangis
tak berlagu lah..kalau stok rendah, tibe2 sales
naik..tak cukup lak..

Pening, pening..

Friday, October 17, 2008

Lagu- Di bius Cinta

di bius cinta - Melly & Yusry .

Kau membiusku dengan cinta
Cinta yang malu kukatakan
Kau membiusku dengan cinta
Sampai aku tak bisa berkata

Kau membiusku sampai aku jadi sering melamun
Memikirkan kita bisakah bersama

Aku dibius Cinta
Cintamu yang tak ada tandingan
Namun mungkin tak bisa
ntah ku tak tahu…

Kita yang malu hati untuk mengakui saling cinta
Usahalah sekeras hati bersama selamanya
Aku dibius cinta…

Aku dibius cinta…

Di bius, sekali dengor lirik lagu ni, kelakolah pulak.
kena bius cinta, bunyinya macam tak leh jadi
lirik je, tapi sebab pagi2 dj-dj radio dok asyik
keluar lagu ni, so ape lagi download lah..

Thursday, October 16, 2008

Minyak kereta



semalam 15/10 minyak kete turun lagi
utk petrol 15sen & diesel 20sen.
ini adalah kali ke3, bermaksud total loss
dah boleh beli sebuah kete secara cash ,
kerugian ini tak sepatutnya berlaku jika
g*men bijak berfikir.dolu tiba2
rege minyak naik gile (hari ini dlm sejarah mal*ya)
kena tambah cash ,kononnya cash tu bolehlah
recover selepas 3 bulan,ini tidak tiba2 rege minyak
turun setiap bulan (hari ini dlm sejarah mal*ya)
dan akan turun lagi, so bertambah2 kena tambah cash
tak tahu lak macamane ngan g*men ni, suka2 naik rege
& suka2 turun rege.nak naik rege tak de notis,
nak turun pun tak de notis, dalam surat kabo kata lain
decision cite lain.zaman che d*t dolu2 lain,
lebih teratur, tapi zaman che l*h,kalau aku jadi investor
pun ragu2, tak berani nak buat investment kalau g*men nya
decision macam nie nya gaye.suka2 publish kat surat
kabo cite gitu-gini..tapi suka2 buat decision gitu-gini.
kalu gini macamne nak nak success decision tak constant....
lu pikirlah sendiri bak kata nabil....hahahaha
bila borak cite pasal minyak ni, dari tukang kebun, tukang cuci toilet,
tukang angkut sampah, tukang lap cermin, tukang sapu sampah
nyampah ngan keadaan g*men la ni, diorang ni tak pi sekolah
tapi diorang dah hidup lama, diorang pun boleh pikir
kalau g*men terus macam ni gaye,teruk lah nasib mereka
tapi yg peliknya, masih byk yang berfikiran lain
dari yg lain...yg tak baik pun kata baik
lagi sekali nak cakap,
lu fikirlah sendiri bak kata nabil...hahahha

nota: hidup perlu diteruskan

Wednesday, October 15, 2008

Bahasa Arab





sekarang semua sekolah tengah sibuk peksa hujung tahun,
so saya telah buat revision ngan my hero bahasa arab,
punyalah banyak nak kena hafal,yelah setahun nya syllibus
tapi yg paling saya ingat tomato & cili sbb bunyinya lebih
kurang ngan bahasa melayu..

ok gak revision sama2, teringat zaman2 belajo masa kecik dolu2..

Lagu - Ayat ayat cinta

bebaru ni, kat tv3 selalu lak keluar lagu ni,
ada iklan cite indon, tapi sedap pulak dengar melodynya
sekali dengar nak dengar dua kali,
so tadi dah dapat upload mp3 lagu ni.


ayat ayat cinta - rossa .

Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan


Ketika ku bersujud

Friday, October 10, 2008

Dapur

Ni adalah, gambo dari belakang rumah, developer
ni memang saje je buat terlapang sampai ke luar.
Senang senang je, jiran belakang boleh
jadi papparazi dari atas rumah diorang ngintai.
Ade ke rumah beso, tapi dapur kecik macam tu,
macam lorong je bila dah plan letak kitchen cabinet.
Lepas tu pulak bila hujan gerenti masuk rumah,
mangkuk toi developer ni.
Saje je nak suruh org keluar duit..isk.isk..
Pening2, so memang gayenya terpaksa reno
cikit dapur ni, yelah mana nak letak mesin basuh
& dryer kalu macam tu gaye, lepas tu pulak bilik
stor kat tepi dapur pun kena pecah gak.
Sbb memang yg amat2 sangat banget perlu
stor yg beso gile, sebabnya harta karun hubby
memang berkoyan-koyan, tak tahu nak letak
mana rasanya penuh satu kontena.
Lepas tu pulak harta karun kat opis
pun dah sesak so kalau stor kat rumah besor
boleh gak kasi clear kat opis tu.
So, kitaorang pun dah survey & attach
ngan satu mat contractor cina ni.. mahal gile weh..
garu kapla la kejab & lepas tu pulak katanya ambik masa
2 bulan ++ sbb musim hujan concrete lambat kering..
so nampak gayenya raya haji pun tak tentu
dok rumah baru, tahun depan lah kot...


Sabar separuh dari iman...............

Tuesday, October 7, 2008

Kunci



Kunci ? yee haa ... hari ini officially dapat kunci rumah.
Tapi yang kelakarnya time ambik kunci rumah kali ni, banyak benda
diorang tak pasang dulu tapi suruh owner bawak balik rumah dulu
penuh gak bonet kete ngan sinki, kepala paip, shower dan barang2
sewaktu dengannya. Developer suruh buat grill dulu, nanti dah
pasang grill baru panggil diorang untuk installation. Dua kali kerja lah
pulak, tapi for safety reason sbb katanya barang2 tu semua mahal2,
sebabkan memasing rumah sibuk renovate sana sini,
so guard yg jaga pun mana boleh kenal mana satu pekerja @
malaun-malaun yang kerjanya buat renovation dlm masa yang sama
standby nak cilok barang2 steel rumah orang.
Electric & water supply pun semua dah ok, tapi tadi baru tanya
nak pasang grill pun ambik masa 2 minggu baru boleh siap.
So nampak gayenya bulan depan le baru pindah.
ku bersyukur. Amin

Monday, October 6, 2008

Kek di Hari Raya

My super hero, sambut belated birthdaynya pada hari raya 1,
actually birthday my hero pada jatuh 18 Sept , tapi coz bulan pose
so potong kek pun kena tunggu hari raya.
Dan yang paling bermakna dapat keberkatan doa daripada
atuk & opah di kampung.

Semoga berjaya dunia & akhirat & jadi anak yg soleh. Amin

Sunday, October 5, 2008

Hari Raya - Ramadhan 1429H/2008


Seronoknya berhari raya di kampung, walaupun sekejab
teman tak sempat nak menziarah sedara mara di kampung.
hari raya 1 teman dok rumah je, lepas tu hari raya ke2
dah kena balik kl, sampai kl terus ke opis sbb ada
tugasan yang perlu diselesaikan.
Alhamdullilah, dapat teman bersembahyang raya
& bermaaf maafan di pagi raya bersama keluarga tercinta.
dan yg paling bahagia dapat salam mak & abah di pagi raya.


Selamat hari raya & maaf zahir batin

Monday, September 29, 2008

Esok Hari Raya


Semalam telah diumumkan bahwa raya jatuh pada hari
Rabu 1/10/2008. Katkampung hari ni mesti tengah sibuk
mengisi pulut dalam buluh nak masak lemang.
Hasil dari kepakaran arwah opah, yang memang
pandai bab kuih-kuih tradisi ni, dapatlah jugak
cucunya merasa makan lemang buatan sendiri.
Idok le, pi pasar beli lemang yang kekadang keras
kematu sbb dah terlebih terbakar.
Seperti biasa, ibunda akan sibuk membuat rendang &
abah pulak sibuk menjaga lemang yang sedang direbus.
Dari tengahari sampai ke malam lepas magrib
baru lemang & rendang dapat dijamu bersama-sama
dengan kuih muih yang penuh meja.
Insyallah, petang ni kitaorang sekeluarga pulang
ke kampung, sampai nya tak tahu jam ?
Sebab rasanya pada sesiapa yg tak dapat cuti lepas
waktu kerja semua warga kota akan menuju ke plaza tol.
Pagi ni & mungkin sampai ke petang banyak lagi korje2 yang perlu diselesaikan...
Semoga selamat sampai ke kampung....

Saturday, September 27, 2008

Balik Kampung ??

Oooo..oooo balik kampung ! Oooooo..oooo balik kampung !
Seluruh warga kota sekarang ni semuanya sibuk nak balik
kampung. Member2 pun semuanya sibuk cite cuti seminggu
sempena hari raya.
Tapi teman masih kat KL, tak boleh balik kampung selagi
korje2 tak dapat diselesaikan mungkin malam raya baru balik
kampung & raya ke 2 dah kena balik KL.
2 hari berhari kat kampung, rasanya tak cukup,
tak puas nak makan lemang & kuih2 raya yang penuh meja.
Lepas tu pulak Raya ke3 dah kerja.
Hmm, macam tak raya je rasanya semenjak 5 tahun ni..

Tapi tak ape, janji sempat sembahyang raya,
pakai baju raya & bermaaf maafan
dipagi raya bersama keluarga tersayang.....

Wednesday, September 24, 2008

Buka Puasa

Baru-baru ni, buka pose bersama staff. Tapi tak semua staff dapat join, maklumlah kiosk 24jam.
So 2 biji kancil & 1 biji iswara telah mengangkut makcik2, kakak2 & abang2 ni ke sana. Staff2 yang tinggal kat stesen dapat buka pose ngan Burger King.

Kitaorang telah berbuka puasa kat Peppercorn, Ukay Perdana.
Sbb ape pi sana? sbb buffetnya RM27 seorang, so tak yah le nak pi hotel mahal2..
Lepas tu menu pun sedap gak, macam2 ada dari shark fin soup sampai ke rojak buah pun ada. Makanan pun senantiasa di top up. So boleh makan kenyang-kenyang.

So next year, boleh cuba buka pose kat sana lagi kot...






Sunday, September 21, 2008

Ta'in 3T


Teman ni, jarang-jarang nengok cite melayu kat tv, sbb biasanya tv ni memang my hero & ayahnya yang awal2 dah control remote astro.Tapi bebaru ni, teman ternonton le cite Ta'in ni,
Aje yang cakap orang Perak berbeno, tapi ada masanya teman rasa macam tak kena pun ade.
Ate, si Sheila Rus tu rasanya bukannya orang perak original, aje yang nak tergelak aje teman mendengornya, my hero pun join sekali terkekeh-kekeh.
Bila teman dengor orang cakap perak ni teringat2 zaman teman kecik2 dolu2 balik kampung Pulau Beso rumah arwah Tok Ulu, kat kampung Pulau Beso ni masih pekat lagi cakap perak.
Mula la teringat kutip biji getah, lepas tu korek lubang bawah rumah buat main congkak, nak mandi pulak kena gumba ayo..tahu ke kome ape gumba ayo tu?? hehehhe
Main teng-teng , ngorok2 & yang best arwah Tok ulu mesti bagi ayo oren botol cokelat bila
cucunya balik kampung..
Lagi satu paling teman teringat sangat mandi sungai reramai ngan sepupu2..pakai kain basah..lawak betoi rasanya..
Sekarang ni semuanya dah berubah, dan rasanya tak de orang kat kampung tu, semua dah ke bando, semua dah moden & nak dengor orang cakap perak pun tak kedengor lagi kan...

Friday, September 19, 2008

Pelita Panjut Keliling Rumah


Esok dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Teringat pulak kat kampung dah sibuk2 pasang pelita panjut. Masa teman kecik2 dolu-dolu petang-petang mesti mak dah sibuk nyuruh ngisi minyak tanah dalam pelita. Adalah dalam sepuluh tin pelita, habis isi minyak tanah kena gantung kat pokok-pokok keliling rumah, tapi satu pelita memang gerenti teman simpan coz stanby untuk main bunga api adik beradik.
Disebabkan nak pasang pelita panjut ni, bila bulan puasa banyak le pokok-pokok kena tikam ngn paku, dari pokok mempelam, rambutan, koko, nangka & sebagainya..Lepas buka pose baru le teman nyalakan pelita.

Sekarang ni, rasanya payah nak nampak pelita panjut.Semua rumah orang diterangi ngan lampu lip-lap-lip lap, tak pun lampu spotlight..

Tu le zaman dah berubah..dolu2 banyak gak le dapat kad raya tapi la ni..hmmm satu pun tak de..semuanya main e-mail je..


Monday, September 15, 2008

Lagu Raya





Satu hari di Hari Raya

Ku lihat cahaya bersinar indah

Langit cemerlang tak terkira

Tanda kuasa yang Maha Esa

Memberi nikmat pada manusia


Satu hari di Hari Raya

Ku dengar irama yang sungguh indah

Ku coba mendekati padanya

Kira irama itu adalah

Suara pujian pada yang Esa


Satu hari di Hari Raya

Aku menangis tanda gembira

Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya


Satu hari di Hari Raya

Ku lihat wajah suci ibuku

Ku lihat wajah kasih ayahku

Ku gembira

Mungkin inilah dia kebahagiaan



Pagi tadi buka radio je dah keluar lagu raya, so mood raya dah start membakar dalam diri walaupun semenjak dua menjak ni, tak dapat beraya sakan macam dolu2 cuti panjang2..tak de hal, tapi sekarang kerja sendiri so kena lah pandai2 merayakan diri sendiri..hahaha

Kat stesen pun kitaorang dah start buka bazaar jual kuih & kerepek raya, siap ada gantung ketupat lagi sebagai hiasan..

Apa-apa pun 15 hari lagi untuk kita berpuasa....baru lah beraya..

Thursday, September 11, 2008

Balik Kampung

Petang ni balik kampung, nak jumpa mak & abah
yang baru balik Mekah dan dapatlah berbuka pose
bersama2 family kat kampung.Berbuka pose kat
kampung memang best, coz macam-macam ada.
Penuh talam, sampai tak tahu nak makan yang mana satu.
Agenda kat kampung kalau bulan pose asyik makan je,
buka pose makan, lepas sembahyang magrib makan,
lepas terawih makan, nak tidor makan,sahur makan.
Kalau kat KL ni, makan sekali je waktu buka lepas
tu tunggu bersahur baru makan.
Balik raya tahun ni, tak tahu macamna lagi,
kena tengok traffic kat stesen, kalau ok,
malam raya sampai, kalau tak ok subuh nak
raya baru sampai.Janji sempat sembahyang raya.
Sekarang ni pun tak de mood nak raya lagi,
radio pun apasal lah lambat sangat keluar
lagu raya yek..

Friday, September 5, 2008

Mak & Abah

ehsan gambar dr blog uwa......kat KLIA

Sebenarnya teringat dan rindu kat mak & abah yang kini
jauh nun kat Mekah. Mak & abah bersama ngan
adik selamat sampai Madinah pd Jumaat lepas.
Dan sekarang mak & abah tentu gembira
dan sibuk beribadat sebab memang hajat mereka
dapat berpuasa dan sembahyang terawih kat sana.
Tadi mak telefon, alhamdullillah semuanya sihat.
Tak sabar nak tunggu mak & abah balik dan berbuka
puasa sekeluarga kat kampung.






Sunday, August 31, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan


Selamat Berpuasa & Semoga Mendapat RahmatNya

Saturday, August 30, 2008

KL- Krabi - Jalan-jalan cari makan







Jalan -jalan cari makan kat Hadyai ni , best gak.
Malam2 ada pasar malam yang jual juadah2
yang menarik sampai jam 12 tgh malam.
Tapi kena pandai cari orang muslim yang
jual, biasanya yang ada lambang bulan &
bintang kat warong @ perempuan muslim
bertudung yang pandai cakap melayu.
1. Pulut mangga / Pulut Durian -
ada mangga yang dah masak di potong2,
bersama-sama ngan pulut dan kuah santan
yang lemak berkrim. Kalau buat buka puasa
mesti sedap. So far kat KL ni tak pernah jumpa lagi.
2. Cakoi goreng- comel2 dicicah ngan kaya santan yang sedap
3. Udang galah & Ketam goreng panas2-
yang ni mesti cuba coz kat KL
rasanya tak jumpa udang beso2
jual pasar malam. Kalau adapun kat kedai
mamak yang mahal gile.
Pi Kuala Trengganu pun tak dapat jumpa.




KL- Krabi - Group Photo

Kat depan Aunang New Season Beach Resort


Kat rumah Malaysian Consulate in Songkla

Wednesday, August 27, 2008

Fuel Price


Harga minyak kat Tomyamland ni mahal banyak
dari negara kita. 1 liter petrol hijau 33.96Bath. Duit
Thailand ni senang nak kira, korang tolak 1 digit kat
belakangnya, jadik 1 liter RM3.40 lebih kurang.
Lepas tu pulak, semua signboard kat sana tulisan Siam je.
Tak de langsung guna huruf abc. Nak isi minyak
tanya petrol @ diesel pam attendan pun tak tahu.
Kata orang negara Thailand ni, tak pernah dijajah
tu sebab orang dia tak terdedah dengan bahsa
luar, tak tahu cakap melayu mahupun omputih.
So apa lagi tengok ada nozel colour hijau
tulis 95 agak2 petrol je terus isi.
Jalanraya kat sana lak tak de tol langsung
dan kalau parking kete tak yah bayar.
Cara cara nak kira duit sana 100Bath - RM10 dan kalau kat
Hadyai nak beli barang guna duit RM pun laku tak
perlu nak tukar kat money changer.
Tapi rasanya kalau berhajat nak shopping2 pergi Bandung
lagi berbaloi dari Thailand. Sebab di Bandung
boleh dapat separuh harga.

Sunday, August 24, 2008

Overland KL-Krabi - Phi Phi Island













7 days Overland to Krabi, Thailand.
Salah satu destinasi adalah Pulau Phi Phi.
Tak silapnya si Leonardo Dicaprio
ada scene cerita 'The Beach' kat pulau ni la.
Marvellous...cantik gila






Thursday, July 17, 2008

Home Sweet Home

.........jalan masuk, view cantik coz nampak gunung2 yg masih hijau........


..........pagar rumah punya le tinggi, loncat pun tak nampak........

.........laman tepi rumah beso le jugak..nampak jauh nun di sana.....


.........gambar dari depan rumah..pagar dah cun dah..



........dari side tepi rumah.

Semalam, pergi tengok rumah. Sebenornya
tak dapat kunci rumah lagi, tapi dah tak sabo2
nak nengok rumah idaman ni, mana taknya 2 thn
menunggu.
So kami pun kelentong sikit kat guard Indon
yang jaga main house guard. Ding dong ding dong
baru lepas. Kalau tak usah harap le dapat nengok
rumah walaupun kia tunjuk S&P, coz katanya
takut rumah rosak sbb belum hand over to owner.
Alang2 dah masuk, byk gambar ambil & mcm2 dok pikir.
Nak tambah sini, tambah sana. Isk,isk tak sabar nak dok rumah
baru. Developer kata bulan Sept baru boleh
dapat kunci, so bila congak2 bulan Oct @ Nov baru boleh
duduk kotnya.
Syukur rumah dah nak siap.