Sunday, March 30, 2008

Jalan- Jalan Cari Makan






Seafood yg sedap??? sebab dah lama tak perkena
seafood yg best2 & kaw2 kitaorang telah plan pi
ke Muara Port Kelang, jauh jugak le dari Gombak ni.
Dolu2 dok Subang selalu lah juga pergi tapi
semenjak dua menjak dah jadi warga Gombak ni,
setahun pun tak tentu pergi..

Sebabkan dah lama tak pi Port Kelang ni, sesatlah jugak
dibuatnya.Keliru mana satu North Port @ South Port.
Berpusing2 lah juga, ada GPS tapi tinggal kat rumah lak.
Sampai Muara dah jam 6ptg.. Hujan renyai2...

Ami, awal2 lagi dah cekup 10ekor udang nak
masak goreng tepung(favourite Ami).
Ikan2 plak tak fresh langsung semua mata merah
memang compen ikan peram 2-3hari++
So ambil ikan Pari je buat ikan bakar
tetapi rasanya ikan kat Muara in tak power,
tak leh lawan ikan pari & terubuk bakar kat
Keramat yg fresh & sedap gile..

Lagipun rasanya Muara ni dah kurang bestlah..
sbb ikan,ketam,sotong semuanya dah
tak fresh. Tapi sbb kena bayar mahal,
habis semua kena sental licin..hahahhahah

Wednesday, March 26, 2008

Off-Road Trip to Pertak with Mares Group

Geng Amateur Radio ( Mares) lepak tepi tasik.....
4wd ke4..ada 6 biji kat belakang tunggu giliran nak redah sungai

...jalan becak. 1st 4wd-Hilux sangkut, kena pakai winch
.........masak air pakai kayu api

.....bebudak main air.........

......camp site.......


Pada cuti sempena Maulidur Rasul baru-baru ini, geng Mares buat trip ke Pertak.
Perjalanan ke Pertak jika ikut highway Plus, kena lalu Bukit Beruntung -
Kuala Kubu Baru- Jalan ke Bukit Fraser -melepasi-
Empangan Air Selangor - Kawasan Perkampungan Orang Asli-
redah 2 batang sungai- jalan berbatu-batu - kelentang -kelentung-
baru le sampai ke location. Kalau ikut Gombak pun dekat juga tapi kena
redah jalan Ulu Yam yg berpusing2 sikit lepas tu terus ke Kuala Kubu Baru.
Mengikut plan Mares diorang nak bertapak di Camp Site 1
tapi Jabatan Bomba and the geng ada course lak kat situ.
Jadik group kita orang terpaksa ke Camp Site 2 yang dah kira penghujung jalan.

Bertolak dari rumah jam 8 malam, sampai ke Camp Site
jam 11 malam. Masa malam redah hutan ni, kemain laju je..
maklumlah bukan nampak ada batu beso ke, lubang beso ke..redah je..
Actually tak jauh pun dari KL, tapi sbb geng yang
berkumpul kat R&R Rawang dah terlambat, jam 10 malam baru
masuk hutan. Kali ni dengan group Mares , jadi macam2
4WD ade, yang turut serta bertolak malam itu-Triton,
Storm, Pajero, Land Cruiser dan kami satu2 nya kete kebal Defender 110.

Sesampai je malam, tu rasa nak patah balik rumah pun ade,
camp site terlampau becak, geli, tanah lembik, kaki kotor
dan yang paling2 rasa nak balik rumah...pacat, dah lah datang pakai
selipar jepun je..eii macam tak nak turun kete....hahahaa..
almaklumlah pacat & lintah ni kalau pompuan
memang seram sikit, sbb masa kecik2 mak selalu
cite mitos2 pacat2 & lintah2... menyeramkan..

Tapi bila budak2 kecik dengan selambanya happy2,
so kita lupakan saja pasal pacat2 ni.. Sampai
je terus pasang khemah- masak -makan- minum-
borak - tido- zzzzzz..zzzzzz..zzzzzz

Kesesokan harinya, aktiviti biasa dok dalam hutan
makan-minum- main air-makan-minum -main air. Yelah tak astro
kat dalam hutan ni. Nasib baik ada line Celcom itupun ciput2.
Kalau Maxis & Digi memang handphone buat hiasan je lah..

Anyway, trip Pertak ni, menarik gak sbb kita jumpa ngan
macam2 orang & macam2 ragam.

Friday, March 14, 2008

Lata Khong Waterfalls & Janda Baik Trip

..lepak jab setelah merentas sungai cetek..


.......kete kebal kami ngan selambanya melepasi sungai..


..........tunggu giliran......


...hemsem gak keta kebal kami.........

....baru sampai

......Lata Khong Waterfalls..

Sehari selepas Election hari tu pi ikut member hubby Land Rover MLRS pergi trip to Lata Khong Waterfalls. Keluar rumah jam 9.00 pagi dan jam 9.00 malam baru sampai rumah. Seronok gak pi jalan2 dalam hutan ni, tak de lah pusing KL je..


Jam 9.30 pagi kumpul kat Petronas, tapi ada yg 1 kete lambat sikit sampai , jam 11 pagi

baru bertolak ke Lata Khong. Lata Khong ni kat negeri Pahang, dari highway sebelum pekan Karak kena u-turn balik.Perjalanan ambil masa 45 minit dari KL.


Kete kebal kami yg hemsem ni, kalu kat highway, gerenti kena tinggal belakang je..tapi kalu kat hutan senyum dululah..hahahah


Jalan masuk nak ke air terjun ni, tak de lah jauh sangat dari jalan raya, sbb dari highway masuk melalui perkampungan orang asli dah ada jalan tar mungkin gak sbb pilihanraya kot sbb jalan tar macam baru diturap, dari jalan tar jalan tanah merah dalam 2 km je..


Sesampai je, hari agak nak hujan so air dari waterfall tu punyalah kuat..kalau berdiri kat situ baju bash dek kena tempias air terjun ni..sejuk gile..

tapi nak mandi tak berapa bersih sangat sbb air agak keruh ..mungkin lepas hujan lebat malam semalam kot..


Kawasan air terjun ni agak privacy sikit, tapi tup2 datanglah segerombolan mat2 & minah2 yang datang dari mana pun tak tahu lah pulak nak berparti2 sakan kat situ..so apa lagi cabut..


Dalam perjalan balik, pergi singgah kaw Janda Baik, cuaca hujan2 rengai tapi tak lebat..so kete kebal kami dengan hensemnya boleh berjalan dengan selambanya...

Monday, March 3, 2008

Jalan2 hujung minggu


Pepagi lagi dah keluar rumah, sbb member hubby datang dari JB nak pusing KL.
Jam 9 pagi keluar rumah, jam 9 malam baru sampai rumah.

Mula2nya jam 10 pagi breakfast kat kedai mamak kat Sec 6, Petaling Jaya lepas tu
pi Mares Club sbb ada Flea Market, parking je penuh ngan kete FWD yg berantena panjang2.
Flea market ni , byknye radio & antenna je yang di jual. Lepas jumpa geng2 amateur radio yg dah lama tak jumpa, kita orang pun pi KL, pusing2 Low Yatt dulu , punya le ramai orang hujung
minggu ni..
Lepas habis pusing Low Yatt, baru pi Paviilion yang memang tak pernah jejak kaki lagi. Shopping mall nya lebih besar dari KLCC dan ada byk kedai exclusive yg guard dok depan pintu
mcm Rolex, Mont Blanc, Omega dan ntah2 ape brand yang canggih.
Tempat makannya kat bwah sekali "Food Republic" dan makanannya agak mahal dari KLCC. Selalu makan Laksa Shack less than RM10 semangkuk tapi kat sini dah RM10+++. Teh ais je dah RM2.80 tak campur 5% tax....
Lepas habis pusing2 Pavillion, kitaorang pun bawak member pi Tupai2, sbb dia beria2 nak belanja kita orang...dan jam 9 malam baru sampai rumah..