Monday, September 29, 2008

Esok Hari Raya


Semalam telah diumumkan bahwa raya jatuh pada hari
Rabu 1/10/2008. Katkampung hari ni mesti tengah sibuk
mengisi pulut dalam buluh nak masak lemang.
Hasil dari kepakaran arwah opah, yang memang
pandai bab kuih-kuih tradisi ni, dapatlah jugak
cucunya merasa makan lemang buatan sendiri.
Idok le, pi pasar beli lemang yang kekadang keras
kematu sbb dah terlebih terbakar.
Seperti biasa, ibunda akan sibuk membuat rendang &
abah pulak sibuk menjaga lemang yang sedang direbus.
Dari tengahari sampai ke malam lepas magrib
baru lemang & rendang dapat dijamu bersama-sama
dengan kuih muih yang penuh meja.
Insyallah, petang ni kitaorang sekeluarga pulang
ke kampung, sampai nya tak tahu jam ?
Sebab rasanya pada sesiapa yg tak dapat cuti lepas
waktu kerja semua warga kota akan menuju ke plaza tol.
Pagi ni & mungkin sampai ke petang banyak lagi korje2 yang perlu diselesaikan...
Semoga selamat sampai ke kampung....

Saturday, September 27, 2008

Balik Kampung ??

Oooo..oooo balik kampung ! Oooooo..oooo balik kampung !
Seluruh warga kota sekarang ni semuanya sibuk nak balik
kampung. Member2 pun semuanya sibuk cite cuti seminggu
sempena hari raya.
Tapi teman masih kat KL, tak boleh balik kampung selagi
korje2 tak dapat diselesaikan mungkin malam raya baru balik
kampung & raya ke 2 dah kena balik KL.
2 hari berhari kat kampung, rasanya tak cukup,
tak puas nak makan lemang & kuih2 raya yang penuh meja.
Lepas tu pulak Raya ke3 dah kerja.
Hmm, macam tak raya je rasanya semenjak 5 tahun ni..

Tapi tak ape, janji sempat sembahyang raya,
pakai baju raya & bermaaf maafan
dipagi raya bersama keluarga tersayang.....

Wednesday, September 24, 2008

Buka Puasa

Baru-baru ni, buka pose bersama staff. Tapi tak semua staff dapat join, maklumlah kiosk 24jam.
So 2 biji kancil & 1 biji iswara telah mengangkut makcik2, kakak2 & abang2 ni ke sana. Staff2 yang tinggal kat stesen dapat buka pose ngan Burger King.

Kitaorang telah berbuka puasa kat Peppercorn, Ukay Perdana.
Sbb ape pi sana? sbb buffetnya RM27 seorang, so tak yah le nak pi hotel mahal2..
Lepas tu menu pun sedap gak, macam2 ada dari shark fin soup sampai ke rojak buah pun ada. Makanan pun senantiasa di top up. So boleh makan kenyang-kenyang.

So next year, boleh cuba buka pose kat sana lagi kot...






Sunday, September 21, 2008

Ta'in 3T


Teman ni, jarang-jarang nengok cite melayu kat tv, sbb biasanya tv ni memang my hero & ayahnya yang awal2 dah control remote astro.Tapi bebaru ni, teman ternonton le cite Ta'in ni,
Aje yang cakap orang Perak berbeno, tapi ada masanya teman rasa macam tak kena pun ade.
Ate, si Sheila Rus tu rasanya bukannya orang perak original, aje yang nak tergelak aje teman mendengornya, my hero pun join sekali terkekeh-kekeh.
Bila teman dengor orang cakap perak ni teringat2 zaman teman kecik2 dolu2 balik kampung Pulau Beso rumah arwah Tok Ulu, kat kampung Pulau Beso ni masih pekat lagi cakap perak.
Mula la teringat kutip biji getah, lepas tu korek lubang bawah rumah buat main congkak, nak mandi pulak kena gumba ayo..tahu ke kome ape gumba ayo tu?? hehehhe
Main teng-teng , ngorok2 & yang best arwah Tok ulu mesti bagi ayo oren botol cokelat bila
cucunya balik kampung..
Lagi satu paling teman teringat sangat mandi sungai reramai ngan sepupu2..pakai kain basah..lawak betoi rasanya..
Sekarang ni semuanya dah berubah, dan rasanya tak de orang kat kampung tu, semua dah ke bando, semua dah moden & nak dengor orang cakap perak pun tak kedengor lagi kan...

Friday, September 19, 2008

Pelita Panjut Keliling Rumah


Esok dah masuk hari ke 20 kita berpuasa. Teringat pulak kat kampung dah sibuk2 pasang pelita panjut. Masa teman kecik2 dolu-dolu petang-petang mesti mak dah sibuk nyuruh ngisi minyak tanah dalam pelita. Adalah dalam sepuluh tin pelita, habis isi minyak tanah kena gantung kat pokok-pokok keliling rumah, tapi satu pelita memang gerenti teman simpan coz stanby untuk main bunga api adik beradik.
Disebabkan nak pasang pelita panjut ni, bila bulan puasa banyak le pokok-pokok kena tikam ngn paku, dari pokok mempelam, rambutan, koko, nangka & sebagainya..Lepas buka pose baru le teman nyalakan pelita.

Sekarang ni, rasanya payah nak nampak pelita panjut.Semua rumah orang diterangi ngan lampu lip-lap-lip lap, tak pun lampu spotlight..

Tu le zaman dah berubah..dolu2 banyak gak le dapat kad raya tapi la ni..hmmm satu pun tak de..semuanya main e-mail je..


Monday, September 15, 2008

Lagu Raya





Satu hari di Hari Raya

Ku lihat cahaya bersinar indah

Langit cemerlang tak terkira

Tanda kuasa yang Maha Esa

Memberi nikmat pada manusia


Satu hari di Hari Raya

Ku dengar irama yang sungguh indah

Ku coba mendekati padanya

Kira irama itu adalah

Suara pujian pada yang Esa


Satu hari di Hari Raya

Aku menangis tanda gembira

Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya


Satu hari di Hari Raya

Ku lihat wajah suci ibuku

Ku lihat wajah kasih ayahku

Ku gembira

Mungkin inilah dia kebahagiaan



Pagi tadi buka radio je dah keluar lagu raya, so mood raya dah start membakar dalam diri walaupun semenjak dua menjak ni, tak dapat beraya sakan macam dolu2 cuti panjang2..tak de hal, tapi sekarang kerja sendiri so kena lah pandai2 merayakan diri sendiri..hahaha

Kat stesen pun kitaorang dah start buka bazaar jual kuih & kerepek raya, siap ada gantung ketupat lagi sebagai hiasan..

Apa-apa pun 15 hari lagi untuk kita berpuasa....baru lah beraya..

Thursday, September 11, 2008

Balik Kampung

Petang ni balik kampung, nak jumpa mak & abah
yang baru balik Mekah dan dapatlah berbuka pose
bersama2 family kat kampung.Berbuka pose kat
kampung memang best, coz macam-macam ada.
Penuh talam, sampai tak tahu nak makan yang mana satu.
Agenda kat kampung kalau bulan pose asyik makan je,
buka pose makan, lepas sembahyang magrib makan,
lepas terawih makan, nak tidor makan,sahur makan.
Kalau kat KL ni, makan sekali je waktu buka lepas
tu tunggu bersahur baru makan.
Balik raya tahun ni, tak tahu macamna lagi,
kena tengok traffic kat stesen, kalau ok,
malam raya sampai, kalau tak ok subuh nak
raya baru sampai.Janji sempat sembahyang raya.
Sekarang ni pun tak de mood nak raya lagi,
radio pun apasal lah lambat sangat keluar
lagu raya yek..

Friday, September 5, 2008

Mak & Abah

ehsan gambar dr blog uwa......kat KLIA

Sebenarnya teringat dan rindu kat mak & abah yang kini
jauh nun kat Mekah. Mak & abah bersama ngan
adik selamat sampai Madinah pd Jumaat lepas.
Dan sekarang mak & abah tentu gembira
dan sibuk beribadat sebab memang hajat mereka
dapat berpuasa dan sembahyang terawih kat sana.
Tadi mak telefon, alhamdullillah semuanya sihat.
Tak sabar nak tunggu mak & abah balik dan berbuka
puasa sekeluarga kat kampung.