Saturday, December 20, 2008

Busy ! Busy ! Busy !

Arhhhhh....

Banyak benda tak buat reconcilation lagi..

Sbb, banyak ad hoc case yang tak habis2
tiap2 hari..memcee toi..

Nota: The Customer is Always Right

KL-Perth-KL




Pekan Perth ni, tak de beso mane.
Kecik je..pusing2 town dah boleh
ingat jalan kot mana.

Tapi pekan Perth ni, business hours
nya tak macam kat sini.Jangan harap
le nak window shopping lama2.
Sat/Sun- 1230hrs-1630hrs.
Sampai je depan pintu 4.15ptg
staff dia dah macam nak halau
kita orang masuk kedai..
Cerita sorang nyonya Mesia, yg dah
dapat PR dok kat sana,orang Astolia ni,
memang macam ni, tak suka kerja
lebih masa, tepat jam 4.30ptg je, terus
tutup kedai & tutup opis usah harap lah
nak kerja overtime2 ni..
Nyonya ni cite, mula2 dia dok Astolia ni,
bersemangat gila, sbb dah terbiasa kerja
lebih masa, tapi bila dah dok lama2..
dah jadi macam org Astolia..
buat kerja relax2, semua konsep tak-apa-tak apa..
Tak macam orang Mesia,selagi tak malam
selagi tu kedai tak tutup.
Town Perth ni petang2 dah tak de orang kat tengah
town tu, lengang sungguh, sunyi sepi...
semua dok rumah relax depan tv kot nya..

Makan lak, ada 2 kedai Indon kat tengah2 town tu.
Kira mahal gak sbb nasi goreng $9 sepinggan &
teh tarik $4.5 secawan, kalau convert duit rengget
kita dah 33rengget seorang makan.
So kalau nak jimat sikit perkena le kebab @ burger
yang mana business sampainya midnight dan
ada status halal.Burgernya lebih beso drpd
burgerKing kat Mesia & kebabnya memang sedap.
Tapi biasalah, anak melayu tulen sejati,
macamna pun mesti nak cari nasi gak.

Rege minyak kat sana 98.5cents- 1 liter.
Tak sampai $1 seliter.
Tapi kalau nak jalan kat sana, tak yah risau
sbb boleh naik bas free. Pi mana2 tahan je
bas tak perlu bayo apa2 pun.

Nota: Malam tadi Majalah3 ada cite pergi Perth ngan AirAsia.
Ada scene gambar kami sekeluarga kat Airport tengah q
nak ambil ticket Masa balik sama flight ngan CEO TV3
ngan crew2 Majalah3.

Wednesday, December 17, 2008

Busy

teramatlah busy ngan kerja..

gambo2 pi Perth pun tak nengok2 lagi..

ade2 aje..


Nota: Beg beso pun tak buka lagi.

Tuesday, December 16, 2008

Work

banyak kerja pending !!!!!!!!!!

tahun 2008 dah nak habis tapi
banyak report tak siap2 lagi...

weh,
korje yong korje..


Nota: Usaha Tangga Kejayaan

Monday, December 15, 2008

Post Bengang 2 (Edit)

Adoi !!!!!!!!

Harga minyak turun lagi !!!!!!!!!!!
Tanpa notis & Tanpa sok sek sok sek ....
Tiba2 g*men annouce harga minyak turun..
RM7k..gone in one night..apakah?????????!!!!!
Bila fikir2, macam stesen dah beri subsidi kat rakyat lak..
...stesen minyak telah berkorban menjual
minyak dengan harga kurang dari harga kos sebenar seunit
...pengorbanan membeli harga mahal, menjual harga rendah
demi untuk rakyat
...pengorbanan ini adalah pengorbanan utk rakyat

apakah????????!!!!!!!!!!!

Nota: Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung.

Air Asia X




Jalan2 ke Perth, by Air Asia X....

Huh,huh,huh..amatlah memenatkan &
memboringkan...nak tido pun tak leh..

Sebab ape?
... trip 5 hours..
... kerusi tak leh recline..badan tegak je..5 hours
... makanan tak cukup, nak beli Maggi Cup pun tak de....
(reason: u kena order masa booking flight, food limited )
... no entertainment -
... ada movie tapi tak silap 1 movie kena bayo RM50
... air cond panas, walaupun trip jam 1 pagi.
... no music

Tapi sbb nak pi Perth, dengan tambang murah..
so macam ni lah gayenya...
janji sampai ke Australia..huhuhu


Nota: Jauh Perjalanan Luas Pengalaman

Tuesday, December 9, 2008

Oh Bulan !



Aku gumbira.Sebabnya? dapat nengok bulan tersenyum.
Kepada sesapa yang perasan, minggu lepas kot,
cantik weh..dua bintang satu bulan..tersengih...


Nota: Anugerah Tuhan yang Esa.

Solat Sunat Aidil Adha

Sedih ! aku tak sempat solat berjemaah
aidil adha.Opss, bukan aku saje datang lambat,
tapi apasal lak iman kat Masjid Uia ni, mula
awal dari jam 8.20 pagi.Setahu aku, biasanya
solat ni mula jam 8.30 ke ? @ 8.45 ke..


Tapi,sampai je kat gate beso UIA, dah bunyi
takbir iman.Rupenya bukan aku aje yg lambat,
ramai orang dok berkejo-kejoran nak menuju ke
masjid.Aku rasa banyak gak yg terlepas
nak berjemaah kot.Tak pe,tak pe next year kalau
panjang umur, aku pastikan aku sampai masjid awal.
Lainlah kalau aku kat kampung,al maklumlah,
surau sebelah rumah, iman start takbir,
baru le kelam kabut cari selipar nak menuju surau.


Disebabkan raya tanpa keluarga di sini,tak de lah
lemang ke, ketupat ke , rendang ke, di pagiraya.
Dah tu pulak tahun ni semua kafe kat UIA ni tutup.
Tahun lepas ada gak yang buka, so terpaksa pi SG,
pusing punya pusing,nasib baik ada satu
kedai mamak yg prihatin bukak,so dipagi raya kami makan
roti bakar+teh tarik je...huh.huh.huh..
Nasib baik, kat tempat kerja ada menu rendang &
nasi impit so melepas gak rindu masakan rendang
mak kat kampung..


Nota: Anak Perantau

Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya Haji



Raya Haji tahun ini, aku tak balik kampung.
Berhari raya di sini sahaja nampaknya.
Sedih gak tak balik raya, sbb rasa2nya kat
kampung raya haji tahun ni, meriah & riuh.
sbbnya kitaorang 8 beradik sepatutnya pulang
ke kampung hanya aku aje yang dok raya kat KL ni.
Lagipun memang biasanya raya haji,aku tak balik
kampung sbb cuti sehari je, pagi selasa dah mula kerja.
Bukannya tak nak balik,actually ada buat korban
kat sini, bersama2 ngan task force stesen kawasan sini.
Insyallah 3 ekor lembu akan disembelih di Masjid Sg
Ring pada pagi raya haji nanti.

Nota: Esok nak sembahyang raya kat Masjid UIA.

Tuesday, December 2, 2008

Post Bengang

Hari ni, aku betul2 bengang ngan decision g*men.
Memang lah semua orang gembira rege minyak turun,
aku pun suka. Tapi apasal lah nak turun minyak
tapi tak inform awal2, ini tidak sesuka saje.
Padahal aku baca surat kabo hari kata rege minyak
akan turun sebelum raya haji dan hanya terhad kepada
minyak petrol sahaja. Tiba-tiba jam 6 petang terima sms,
rege turun untuk petrol & diesel. Setelah 6 kali
penurunan harga minyak, kerugian kini telah memcecah 50 r*bu.
Pening, weh pening. Tiap-tiap hari login maybank2u,
balance makin hari makin susut. Tiap-tiap bulan turun
harga, bulan Nov saje sampai 2 kali.
G*omen sepatutnya informlah 2 hari sebelum ke?, so senang nak
plan stok level.Sbb sedia maklum yang mana stok kering kena
kompaun RM100,000 & surat tunjuk sebab.So for sure stok akan
senantiasa disimpan diparas yang selamat.Losses pun minimise.

Nota: Think Positive