Thursday, December 31, 2009

Tahun 2010

Ada sedih, Ada gembira,
Ada menangis, Ada ketawa
Ada mengamuk, Ada dihamuk
Ada mengutuk, Ada memuji
Ada disakit, Ada disayang

Semuanya akan berlalu,
antara percaya atau tidak percaya

Begitulah..
berlalunya tahun 2009.

Tahun 2010??

Ya Allah, Ya Tuhanku.
Semoga Kau Berkati kanlah Kehidupan ku..

Sunday, December 20, 2009

Hijrah

Maal Hijrah..

bila maal hijrah,aku mesti teringat lagu nasyid ini.
masa zaman aku sekolah darjah lima @ enam agaknya.
kalau lagu ini keluar televisyen gerenti aku melalak
sebab ada lirik sekali, walaupun aku ini memang suka-suka buat
lirik sendiri, sebab selalu kena perli dengan adik beradikku.
Sekurang-kurangnya budak-budak sekolah boleh ingat sejarah Hijrah..
Tidak silap lagu ia macam dibawah..tetapi tidak ingat sampai habis.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Bla,bla,bla...
( tidak ingat lirik )

dan lagi satu nasyid budak lelaki sekolah yang
yang masa dulu-dulu kira "handsome" lah..
menjadi pujaan-pujaan budak sekolah..hahahha
tidak silap lagu nasyidnya berbunyi macam ini..

Ugama Islam, Ugama Rasmi
bla, bla, bla..

Ya Illahi, Ya Rabbi
Anugerahi kami
Kejayaan yg sejati
bla,bla,bla..

lagu-lagu nasyid ini
memberi makna yang berkesan buat
aku masa zaman-zaman sekolah dulu..

tapi sekarang zaman dah berubah..
budak-budak sekolah sibuk dengan
lagu-lagu 'omputih'
malahan jika persembahan akhir tahun
pun, budak-budak sekolah ini
didendangkan dengan lagu-lagu
motivasi yang mengarut..

tiada lagu-lagu nasyid macam aku
sekolah zaman dulu..
tiada lagi pertandingan nasyid
antara kelas-kelas..

lagu paling 'glamour' masa sekolah dulu
Selimut Putih siap ada buat persembahan
akhir tahun lagi pasal' Selimut Putih'
hahaha..teringat-ingat lagi la.
jadi pelakon tambahan..

lagu ini aku ingat lagi sampai sekarang

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Apa hijrah aku?????????
macam-macam ada dalam kotak fikiran aku tetapi
macam-macam alasan yang dalam hati aku..

Monday, November 30, 2009

Raya Aidiladha -Ibadah Korban

Raya tahun ni aku sambut kat kampung.
Tahun lepas aku berhari raya di KL...sedih je..

Jadi dapatlah bersembahyang raya berjemaah
di surau sebelah rumah..
Khutbah raya tahun ni..amatlah menarik..
sungguh sungguh bermakna..
mungkin juga sebab ada yang terkena...

Tahun ni abah mengetuai majlis korban
untuk kawasan lorang kami menghuni..
ke sana ke sini ke depan ke belakang ke hulu ke hilir...
sampai ke malam abah mengintai-intai jiran-jirannya..
kerana menjadi tanggunjawabnya dalam
memastikan daging korban digihkan kepada yang sepatutnya..
sungguh banyak pengorbanan abah..
dalam hal-hal melibatkan surau ni..
tapi tidak pernah ku dengar sebarang keluhan dari abah..
semuanya dianggap ibadah...

cerita pasal korban, macam-macam cerita didengar..
zaman sekarang acara korban rasanya sudah tidak
macam zaman dulu-dulu..
mungkin juga sebab RM350-RM380..
senang-senang je orang zaman sekarang nak keluar..
tapi tidak baik berburuk sangka..setiap korban
yang dibuat pasti saje ada ganjaran dariNya..
daripada tidak buat langsung tidak dapat apa-apa..

Dibawah ini cerita pasal korban yang dicedok
dari blog-blog lain...


Meskipun haiwan yang disembelih, namun sesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah haiwan dikorbankan itu. Yang dilihat Allah adalah niat ikhlas dan taat yang ada pada diri orang yang berkorban. Allah berfirman yang bermaksud: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

Mengikut amalan sunnah dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.

Namun seandainya disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk (berkat)..

Kesimpulanya..
Seelok-elok korban semuanya disedekahkan semuanya kepada orang lain..
Seekor lembu, dibahagi 7 bahagian, lepas itu pulak 1/3 untuk tuan
& keluarga..kalau dicongak-congak 1/3 dari RM350 yang dibayar..
hanya RM116.66 je untuk diagih-agihkan kepada keluarga...kalau
sekilo berapa RM??..so dapat berapa kilo je..
fikir-fikirkanlah...

Thursday, October 29, 2009

Duduk antara Dua Sujud

Bacaan Ketika Duduk di Antara Dua Sujud

Ya Allah, ampunilah daku (rabbighfirlii). Li = bagiku
Rahmatilah daku (warhamnii),
kayakan daku (wajburnii),
angkatlah darjatku (warfa'nii),
rezekikan daku (warzuqni),
berilah aku hidayah (wahdini),
sihatkanlah daku dan (wa'aafinii)
maafkanlah akan daku (wa'fu 'annii).

Wednesday, October 28, 2009

Indahnya Solat



Indahnya solat,
kalau aku tahu segala makna-maknanya..
kalau aku tahu kebesarannya..
kalau aku tahu keberkatannya..
kalau aku tahu nikmatnya..
kalau aku tahu hikmahnya
kerana dengan solatlah kita begitu dekat denganNya.
kerana solat adalah tiang agama

Kat sini aku cedok dari blog orang lain.
Indahnya kalau aku hafal segala makna-maknanya..

Doa iftitahMaknanya:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya (kathiira).
Maha suci Allah sepanjang pagi (bukratan) dan petang(wa asiila) .
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku (wanusuki), hidupku (wamahyaya), matiku (wamamaati)
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Dalam satu hari jika cukup solat 5 waktu
17 kali surah Al Fatihah kena baca
maksudnya seminggu 119 kali baca Al fatihah
tak termaksud baca alfatihah semasa berdoa
lepas solat..

Makna Surah Al Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai (maaliki) hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah (na'budu)dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan (nasta'iin).
Tunjukilah (ihdina)kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai (maghdhuubi 'alaihim) dan bukan jalan mereka
yang sesat (dhollin).

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci (Subhaana) TuhanKu (Rabbiya) Yang Maha Besar ('azim) dan dengan segala puji-pujiannya (wabihamdihi).

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
sami'a = dengar
hamidah (asalnya hamida-hu) = yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian. (Rabbanaa lakal hamd)

Bacaan Ketika Duduk di Antara Dua Sujud
Ya Allah, ampunilah daku (rabbighfirlii). Li = bagiku
Rahmatilah daku (warhamnii),
kayakan daku (wajburnii),
angkatlah darjatku (warfa'nii),
rezekikan daku (warzuqni),
berilah aku hidayah (wahdini),
sihatkanlah daku dan (wa'aafinii)
maafkanlah akan daku (wa'fu 'annii).

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Makna Bacaan Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Friday, October 23, 2009

Siratul Mustaqim




Di cedok dari agamapenyelamatku.blogspot
terima kasih kepada tuan punya blog.

SIRATUL MUSTAQIM

Al Shirath (Bahasa Arab الصراط) adalah jambatan/ titian yang terbentang di atas permukaan neraka Jahannam yang sangat licin, memiliki kait, cakar dan duri.[1][2] Setelah melewati masa di Mahsyar, kaum Muslim akan dibentangkan shirath bagi mereka di atas Jahannam sehingga mereka melintasi di atasnya dengan kecepatan sesuai dengan kadar keimanan mereka. Orang yang pertama kali melewatinya adalah Muhammad, kemudian Muhammad berdiri di tepi shirath seraya berdoa, “Rabbi, selamatkan, selamatkan!” [3] Jika ada umat-Nya yang pernah menyekutukan Allah dengan kesyirikan besar dan belum bertaubat sebelum kematiannya, akan mengakibatkan kekekalan di dalam neraka.
Adapun orang-orang kafir dengan berbagai jenisnya, musyrikin, penyembah berhala, atheis dan yang lainnya, mereka itu akan dimasukkan ke dalam neraka dan akan dibukakan ketujuh pintu Jahannam bagi mereka.

Sesuai dengan surah Az Zumar: 71,

Orang-orang kafir dibawa ke neraka Jahanam berombong-rombongan. Sehingga apabila mereka sampai ke neraka itu dibukakanlah pintu-pintunya.(Az Zumar): 71)

dan Surat Al Hijr: 44,

Jahanam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.(Al Hijr: 44)

Wujud Shirath

Jambatan yang menghubungkan Mahsyar dengan Surga, menurut keterangan sahabat Abu Said, "Jambatan ini lebih kecil dari rambut dan lebih tajam dari pedang."[4] Muhammad pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menciptakan Shirath yang berada diatas neraka, yaitu jembatan yang terletak ditengah-tengah neraka Jahannam yang sangat licin dan dapat menggelincirkan. Jambatan ini mempunyai 7 gardu (pos), yang setiap gardu jaraknya sama dengan perjalanan 3000 tahun, seribu tahun berupa tanjakan yang tinggi, seribu tahun berupa dataran, dan seribu tahun berupa lereng yang curam. Dia lebih kecil dan lembut dari pada rambut, lebih tajam dari pada pedang, dan lebih gelap dibandingkan malam yang pekat. Setiap gardu mempunyai 7 cabang, setiap cabang bentuknya bagai panah yang ujungnya tajam. Duduklah setiap hamba diatas setiap gardu tersebut dan ditanyakan kepadanya tentang perintah-perintah Allah.

Pertanyaan di setiap pos:

Selama perjalanan di shirath, setiap seorang hamba akan ditanyakan tentang apa saja yang telah ia kerjakan selama hidupnya. Pertanyaan disetiap pos adalah sebagai berikut:

1.Pos pertama iman,
2.Pos kedua sholat,
3.Pos ketiga zakat,
4.Pos keempat puasa,
5.Pos kelima haji dan umroh,
6.Pos keenam wudhu' dan mandi junub,
7.Pos ketujuh tentang sikap terhadap kedua orang tua, menyambung tali persaudaraan dan penganiayaan terhadap sesama makhluk hidup.

Jika seorang hamba lolos dari semua pertanyaan-pertanyaan ini, maka tetaplah ia pada pos dan jika tidak, maka ia akan dilemparkan ke dalam neraka.

Dalam suatu riwayat diceritakan: Sesungguhnya ketika manusia melewati jambatan, maka api neraka berada di bawah telapak kaki mereka, ada yang berada di atas kepala mereka, ada yang berada di sebelah kanan dan kiri mereka, serta ada yang berada di belakang dan di depan mereka. Allah berfirman dalam Surah Maryam:

Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu, hal itu bagi Tuhanmu adalah kepastian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zhalim didalam neraka dalam keadaan berlutut." (Qs. Maryam 71-72).

Sedangkan api neraka itu selalu memakan tubuhnya, mulai dari kulit sampai dagingnya, sehingga orang yang lewat diatas jembatan itu bagaikan arang yang hitam, kecuali orang-orang yang selamat dari api neraka. Sebagian mereka ada yang melewati neraka tanpa disertai rasa takut terhadap apapun dari kesulitan dan tidak pula merasakan panasnya, hingga ia berkata pada akhir perjalanannya: "Di manakah jembatan itu ?" Lalu dikatakan kepadanya: "Telah engkau lalui jambatan itu tanpa kesusahan berkat rahmat Allah."

Sepuluh kumpulan manusia di Shirath:

Manusia yang pertama kali menginjakkan kakinya di Shirath adalah Muhammad, dia akan memimpin kumpulan-kumpulan umatnya. Kumpulannya terbagi menjadi 10 bagian, yaitu:

1.Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
2.Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.
3.Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
4.Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.
5.Kumpulan yang kelima berlari.
6.Kumpulan keenam berjalan.
7.Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk karena mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka. Muhammad berhenti di atas Shirath. Setiap kali, Muhammad melihat seorang dari umatnya bergelayut di atas Shirath, kemudian ia akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
8.Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad!" Muhammad kemudian berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka"!

Kumpulan kesembilan dan kesepuluh tertinggal di atas Shirath, mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Dikatakan bahwa, di pintu surga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira hanya Allah saja yang mengetahui. Di atasnya ada anak-anak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka belum baligh (dewasa). Apabila mereka melihat orang tua mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki surga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera.

Thursday, October 22, 2009

Kisah Syurga

Cerita-cerita di sini, semuanya telah
dicedok dari website-website orang lain..
Terima kasih banyak2 kepada hamba-hamba
Allah yang rajin menulis, syukur ilmu pun
akan berpanjangan.

Mana yang baik kita ambil iktibar,
sbb cedok dari website ni pun kita tak pasti kebenarannya,
kesahihannya entahkan betul atau tidak.
Takut apa yg diceritakan terpesong ke lain lak..
Mana yang betul kita ikut, mana tak betul kita tinggal.

Yang bestnya, cerita-cerita pasal syurga ni
terlalu indah rasanya & ada yang juga yang kelakar
terutama cerita mengenai bidadari syurga.
Ada website dok cerita pasal bidadari syurga, syok gak baca.
Punya sayang sayang sangat kat encik abang sampai bidadari
syurga pun dipersoalkan :)

Ini di ambil dari Al Azim.com

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: Manusia semua akan berdiri di dekat neraka, kemudian mereka menyeberang di atas sirat (jambatan) di atas neraka, masing-masing menurut amal perbuatannya, ada yang menyeberang bagaikan kilat, ada yang bagaikan angin kencang dan yang bagaikan kuda yang cepat larinya dan seperti lari orang dan ada yang bagaikan terbang burung dan ada yang seperti unta yang cepat dan yang akhir berjalan di atas kedua ibu jari kakinya, kemudian tersungkur dalam neraka dan sirat itu licin, halus, tipis, tajam semacam pedang, berduri sedang di kanan kirinya Malaikat yang membawa bantolan untuk menyeret orang-orang, maka ada yang selamat dan ada yang luka-luka tetapi masih selamat dan ada yang langsung tersungkur ke dalam api neraka, sedang para Malaikat itu sama-sama berdoa: Robbi sallim sallim (Ya Tuhan selamatkan, selamatkan) dan ada orang yang berjalan sebagai orang yang terakhir masuk ke syurga maka ketika ia selamat dari sirat terbuka baginya di syurga, sehingga ia berdoa: Ya Tuhan tempatkan saya di sini. Jawab Tuhan: Kemungkinan jika aku beri padamu tempat itu lalu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak, demi kemuliaanMu. Maka ditempatkan di situ, kemudian diperlihatkan kepadanya tempat yang lebih baik, sehingga ia merasa kerendahan tempat yang diberikan padanya, lalu ia berkata: Ya Tuhan tempatkanlah aku di situ, dijawab oleh Tuhan: Kemungkinan jika aku berikan kepadamu, kamu minta yang lainnya? Jawabnya: Tidak demi kemuliaanMu, kemudian diperlihatkan kepadanya syurga yang lebih baik, sehingga ia merasa bahawa tempatnya itu masih rendah, tetapi ia diam tidak berani minta beberapa lama, sehingga ditanya: Apakah kau tidak minta? Jawabnya: Soya sudah minta sehingga merasa malu, maka firman Allah: Untukmu sebesar dunia sepuluh kali, maka inilah yang terendah tempat di syurga.

Abdullah bin Mas'ud berkata: Nabi s.a.w. jika menceritakan ini maka tertawa sehingga terlihat gigi gerahamnya.

Dalam hadis: Di antara wanita-wanita di dunia ini ada yang kecantikannya melebihi dari bidadari kerana amalan perbuatannya ketika di dunia.



Cerita kat bawah ni, di ambil dari website lain,
rasanya ramai dah terima email macam ni kot,
tapi ini 1st time aku baca,
agak kelakar & maaf jika ada
bahasa-bahasa yang kurang enak dibaca.

di ambil dari website lain,
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada
bidadari?"
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato
Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang
terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak
luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari
syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling
sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan
'bidadari', aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta
Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz
yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang
membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,
majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang
masih lemah imannya.."
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari
di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur'an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan
bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang
penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga.
Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk
syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja
jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk
sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli
syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya
kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di
musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang
bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam
gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan
beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik
sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak
dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata
memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda.
Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata
suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah
tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau
mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat
dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka
ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih
(tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah
bidadari lain tak 'kacau daun'.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh
hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus,
dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami,
maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang
menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan
kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au
kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu
anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk
pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula
ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.
"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )
"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli
syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan
melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang
Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan,
niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai
di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga
yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang
mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi
mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak
tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata
sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat
orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih
mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.
Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai,
pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus
berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah
dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya
diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas
pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan
zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh
tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan
tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu
isra' dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang
tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka
ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai
menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah
tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi
seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah
Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barangbarang
perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas
kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan
peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas
dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal
daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti
ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan
terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas
pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau
anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari
perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la
sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana)
dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan
bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum
habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang
lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan
cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu
juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun
hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Terfikir

Di copy dari email yg di terima..

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Duniaitu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Hartaitu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikiritu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

erti zuhud- di cedok dr blog lain

Perkataan zuhud bila dilihat ertinya dalam kamus Arab atau mengikut pengertian bahasa biasa ialah meninggalkan dunia. Tetapi mengikut istilah Islam, erti zuhud itu ialah hati tidak terpaut atau tidak terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya.

Malaikat Jibril datang berkunjung ke tempat Rasulullah SAW….

Malaikat Jibril; “Ya Muhammad, Allah mengutusku untuk menyampaikan sebuah hadiah yang tidak pernah diberikan-Nya kepada siapa pun sebelum mu .”

Rasulullah SAW : “Hadiah apa itu wahai Jibril?

Malaikat Jibril : “Sifat sabar.Dan ada yang lebih baik dari itu.”

Rasulullah SAW : ”Apa itu hai Jibrail?”

Malaikat Jibril : “Sifat Redha.Dan ada yang lebih baik dari itu.”

Rasulullah SAW : ”Apa itu hai Jibrail?”

Malaikat Jibril : ”Sifat Zuhud.Dan ada yang lebih baik dari itu.”

Rasulullah SAW : “Apa itu hai Jibrail?”

Malaikat Jibril : “Sifat ikhlas.Dan ada yang lebih baik dari itu.”

Rasulullah SAW : “Apa itu hai Jibrail?”

Malaikat Jibril : “Sifat yakin.Dan ada yang lebih baik dari itu.”

Rasulullah SAW : ”Apa itu hai Jibrail?” tanya Baginda lagi.

Malaikat Jibril : “Untuk mendapatkan kesemuanya itu diperlukan sifat tawakal,berserah diri sepenuhnya pada Allah Azza Wa Jalla.”


Renung-renungkan..

Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Wednesday, October 21, 2009

Upah Haji




Upah haji.

Macam-macam cerita aku dengar, baru bab upah haji belum
lagi pergi haji..terlalu naif dan malunya bila orang
bercerita pasal agama..terlalu banyak ayat-ayat @
maksud-maksud yang bergitu jarang di dengar..
nampak sangat ilmu agama terlalu kurang didada..

telah lama kucari-cari,banyak org dah aku tanya,
ada yang mahal, ada yang murah..
kain rentang sana sini, tapi bila tanya opis tak tahu kat mana..
katanye kalau murah, dia upah orang indon di sana
dan pelbagai cerita yang diterima, doa masuk syurga tertukar
masuk neraka sbb bahasa arab yang tunggang langgang, orang dah bergerak
dia masih tidak bergerak tapi wang telah diterima..
wallahualam...ini tuhan punya kuasa semuanya adalah hakNya..

ada kawan kata lebih baik aku ke sana dan jumpa
sendiri dengan orang yang mengerjakan upah haji ni,
lebih baik katanya, sbb kalau main upah-upah ni
entahkan betul entahkan tidak..entah buat entahkan tidak
tapi aku percaya ini semua adalah adalah urusanNya.
niat untuk buat upah haji utk arwah telah
disebut berkali-kali, syukur dengan rezekiNya,
akhirnya tadi berjumpa dengan seorang wakil upah haji,
dan alhamdullilah encik abang tunaikan niat upah haji untuk
arwah ibunya..

moga-moga diakhirat dunia abadi nanti bertemu jua,
walaupun hakikatnya aku pun tak pernah mengenalinya..
insyallah..

Di cedok dari web lain..

Perlaksanaan Upah Haji

1) Wakil mencari orang yang mengerjakan Upah Haji/Badal Haji dari kalangan orang dipercayai iaitu orang Arab berketurunan Patani, Para Tahfiz/ Pengajar dan Ustaz yang menetap di Kota Makkah Al-Mukaramah yang mempunyai pengalaman luas dalam mengerjakan Haji dan Umrah.
2) Wakil akan menghubungi Pengupah setelah selesai, menyatakan tentang Badal Haji yang telah disempurnakan di Tanah Suci pada musim tersebut.
3) Sebagai tanda Upah Haji/ Badal Haji, wakil menyediakan tanda seperti SIJIL dan IRINGAN2 lain.

Telah dicedok dari website ustaz abdul halim.

Pahala anak yang mengerjakan Haji untuk kedua orang tuanya.

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt)”
Dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”.

Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah saw bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”. Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah Hajinya itu.

Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw
dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

Tuesday, October 20, 2009

Musim Haji Datang Lagi......



Labaikallah humma labaika
Labaikallah syarika laka labaika
Innalhamda wani’mata la
ka Wamulkalla, syarikala

"Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”

Yaa Allah I come to you , for your called, praise to you Allah
I come to you with my dark heart and mind
In front of you I’m just like dust
Clean my mind, my heart ya Allah with your love
In silent heart of soul I feel You
Forgive me Yaa Allah for love you not perfectly
I’m not the good one as your humble
If I can turn the time back to the pass
I prefer die when was still a baby
So I never made sin in all my entire moment
Come near me Allah hold my hand and bring me to Your guidance
Manage my heart and mind like you manage sky and earth

Mampukah aku kesana?

Ya Allah, kuatkanlah imanku..

Sunday, October 18, 2009

2) Mengapai Kehidupan Abadi- Infaq

Nak sambung semula cerita pasal
mengapai kehidupan abadi no 2-Infaq

Infaq- zakat & non zakat.

Dicedok dari webpage indon.

Pengertian Zakat Dan Perbedaannya Dengan Infaq dan Shadaqah

1.

Makna Zakat
Secara Bahasa (lughat), berarti : tumbuh; berkembang dan berkah (HR. At-Tirmidzi) atau dapat pula berarti membersihkan atau mensucikan (QS. At-Taubah : 10). Seorang yang membayar zakat karena keimanannya nicaya akan memperoleh kebaikan yang banyak. Allah SWT berfirman : "Pungutlah zakat dari sebagian kekayaan mereka dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka.". (QS : At-Taubah : 103).

Sedangkan menurut terminologi syari'ah (istilah syara'), zakat berarti kewajiban atas harta atau kewajiban atas sejumlah harta tertentu untuk kelompok tertentu dalam waktu tertentu.

Sementara pengertian infaq adalah mengeluarkan harta yang mencakup zakat dan non zakat. Infaq ada yang wajib dan ada yang sunnah. Infaq wajib diantaranya zakat, kafarat, nadzar, dll. Infak sunnah diantara nya, infak kepada fakir miskin sesama muslim, infak bencana alam, infak kemanusiaan, dll. Terkait dengan infak ini Rasulullah SAW bersabda dalam hadits yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim ada malaikat yang senantiasa berdo'a setiap pagi dan sore : "Ya Allah SWT berilah orang yang berinfak, gantinya. Dan berkata yang lain : "Ya Allah jadikanlah orang yang menahan infak, kehancuran".

Adapun Shadaqoh dapat bermakna infak, zakat dan kabaikan non materi. Dalam hadits Rasulullah SAW memberi jawaban kepada orang-orang miskin yang cemburu terhadap orang kaya yang banyak bershadaqoh dengan hartanya, beliau bersabda : "Setiap tasbih adalah shadaqoh, setiap takbir shadaqoh, setiap tahmid shadaqoh, setiap tahlil shadaqoh, amar ma'ruf shadaqoh, nahi munkar shadaqoh dan menyalurkan syahwatnya pada istri shadaqoh". Dan shadaqoh adalah ungkapan kejujuran ( shiddiq ) iman seseorang.

Selain itu, ada istilah shadaqah dan infaq, sebagian ulama fiqh, mengatakan bahwa sadaqah wajib dinamakan zakat, sedang sadaqah sunnah dinamakan infaq. Sebagian yang lain mengatakan infaq wajib dinamakan zakat, sedangkan infaq sunnah dinamakan shadaqah.

HIKMAH ZAKAT
1. Menghindari kesenjangan sosial antara aghniya dan dhu'afa.
2. Pilar amal jama'i antara aghniya dengan para mujahid dan da'i yang berjuang dan berda'wah dalam rangka meninggikan kalimat Allah SWT.
3. Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
4. Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan orang jahat.
5. Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
6. Untuk pengembangan potensi ummat
7. Dukungan moral kepada orang yang baru masuk Islam
8. Menambah pendapatan negara untuk proyek-proyek yang berguna bagi ummat.

Saturday, October 17, 2009

Ingat Mengingati

Baru terima sms, dr ex AM (Area Manager)
yg sekarang dah transfer ke Kuching, Sarawak.
AM ni, memang selalu hantar sms yg berunsur
Keislaman, kalau sebelum ni, biasanya lepas subuh
selalulah dapat sms, tapi semenjak dia dah
tukar area nun jauh disana, tup-tup muncul sms..
amat bermakna..

Dicopy dari sms yg diterima..

ASSALAMU'ALAIKUM
Dikongsikan pesanan rasullulah yg di
riwayatkn oleh Tirmidzi:
mksudnya " Tidak bergerak telapak
kaki seseorang hamba pada Hari
Kiamat sehingga diminta
bertanggungjawab tentang
4perkara:
Tentang masa muda untuk apa
dihabiskan,
Tentang harta dari mana diperolehi&
ke mana dibelanjakan,
Masa hidup dimana dimanfaatkan,
Dan tentang masa sihat kemana
dihabiskan"
Sesungguhnya ingat mengingati itu
mmberi manfaat kpd org2 yg beriman

Wednesday, October 14, 2009

Syukur



Ya Allah, Ya Tuhanku,

Jadikanlah anakku,
anak yg soleh kepada ayah dan emaknya..
Jadikanlah anakku,
orang berjaya, orang berguna, orang berjasa dunia & akhirat..

amin

Monday, October 12, 2009

Yakin

Alhamdullilah puasa 6 dah selesai.

Bila dirujuk kepada kawan2 baik,
termasuk seorang ustazah di sek men,
dengan yakinnya berkata puasa 6 boleh
dibuat sekali dengan puasa ganti..
Tanya dengan mak dikampung pun beri jawapan
yang sama..

Yakin dengan apa yang dibuat tanpa ada ragu-ragu..

Insyallah..

Thursday, October 8, 2009

Puasa Sunat Shawal & Puasa Qado

Telah dicedok dari website org lain..

PUASA sunat Syawal sememangnya popular di kalangan masyarakat kita. Di kesempatan ini, saya suka menasihatkan semua yang mengamalkannya supaya berhati-hati daripada tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan individu berpuasa itu bermegah dan riak dengan amalannya.

“Kau dah hari ke berapa?”
“Ini hari kelima.”

“Esok aku raya (sunat Syawal).”

Itu semua antara kata-kata yang kerap didengari di bulan Syawal ini. Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam.

Ia agak terpuji tetapi dicemari oleh hebahan yang dibuat berkaitan bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘siapa lebih hebat.’

Amat dibimbangi, tindakan itu bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya kerana ia menjatuhkan seseorang di dalam dosa hati yang bernama ‘sum’ah’.

Sum’ah adalah satu penghapus amalan kebaikan apabila amalan kebaikan itu dihebahkan kepada umum bagi meraih pujian dan sanjungan.

Memang benar, tidak semua jenis pemberitahuan kebaikan itu salah. Ia lebih tertumpu kepada kawalan niat dan hati seseorang namun dalam banyak keadaan, ramai individu gagal mengawal niatnya daripada berasa bangga dan menunjukkan kelebihan diri.

Adapun, bagi segelintir orang soleh, mereka juga berkongsi amalan kebaikan khususnya kepada anak murid supaya ia dapat dicontohi dan diikuti.

Jika guru mampu mengawal niatnya, ia tidaklah menjadi penghapus kepada amalannya. Bagi individu biasa, lebih baik jika dapat disembunyikan puasa sunat itu supaya tidak membuka ruang syaitan untuk merosakkan niat.

Tidak dinafikan ada yang terpaksa memberitahu diri ‘berpuasa’ apabila ada rakan yang menjemput, menjamu dan menziarahi rumah. Ketika itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggungjawab menjaga niat dan hati supaya tidak timbul perasaan terbabit.

Dalam masa sama, puasa sunat juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan atau saudara yang membuat rumah terbuka.

KEUTAMAAN ANTARA SUNAT SYAWAL DAN QADA

Jika ada yang bertanya mana lebih baik di antara puasa sunat Syawal atau puasa qada?

Jawapannya sudah tentu puasa qada.

Ini terbukti daripada hadis Qudsi yang sahih bermaksud: “...dan tidaklah hampir kepada-Ku seorang hamba-Ku dengan apa jua pun, maka yang lebih Kusukai adalah mereka melaksanakan amalan fardu/wajib ke atas mereka dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepada-Ku dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah Aku kasih kepadanya...,” (Riwayat Al-Bukhari).

Hadis itu sebagai asas keutamaan. Bagaimanapun, daripada sudut praktikal, jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu qada puasanya selama berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama ketika Ramadan) dan tubuhnya juga sihat dan diyakini masih kuat, eloklah dia mengerjakan puasa sunat Syawal terlebih dulu.

Ini kerana waktu sunat puasa Syawal yang singkat berbanding qada (sepanjang tahun). Bagaimanapun, perlu diingat, walaupun tempoh bagi puasa qada panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun, seseorang yang mati selepas berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawal, pastinya tiada sebarang masalah, malah mungkin dia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat Syawal itu sekali.

Ia berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang ingin melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, sudah dituliskan Allah SWT baginya pahala penuh, maka jika ia berkeinginan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.” (Riwayat Al-Bukhari).

Kita harus memahami bahawa darjat puasa qada adalah lebih tinggi dan tanggungjawab menunaikannya jauh lebih besar daripada sunat Syawal. Ini kerana, puasa qada adalah puasa wajib dan ‘hutang’ ibadat dengan Allah SWT berbanding puasa Syawal yang hanya sebagai tambahan pahala.

Ibadah Puasa Bukan Syampu Rambut 2 Dalam 1.

Terdapat pandangan yang amat masyhur di Malaysia yang membolehkan puasa dua dalam satu, iaitu puasa qadha Ramadhan dan puasa sunat Syawal dilaksanakan dalam satu hari. Ramai agamawan yang menyampaikan petua ini tanpa mengemukakan apa-apa dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Tidak kurang pula, ramai orang bukan agama yang menerima petua ini tanpa bertanya apakah dalil al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih yang membolehkannya. Mereka menjadikan persoalan ini semudah syampu rambut 2 dalam 1.

Padahal ia adalah satu persoalan yang amat berat. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah (1394H) menjelaskan:

“Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. [al-Baiyinah 98:05].

Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.

Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan tiada dibenarkan oleh Allah s.w.t.. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.” [Pedoman Puasa (Thinker’s Library, Kuala Lumpur, 1996), ms. 136-137]

...renung-renungkan.......

Wednesday, October 7, 2009

1) Mengapai kehidupan abadi- Amal Soleh

Setelah mengoogle didapati,
2 perkara utama dalam amal soleh ini.
Pertama-Ikhlas.
Kedua -mestilah Selaras kehendak Allah & sunnah Rasullullah.

Dicedok dari blog hamba Allah yg lain.

Ini bertepatan dengan firman Allah SWT di dalam surah at-Taubah ayat : 105
Maksudnya : ” Dan katakanlah wahai Muhammad : ” Beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah SWT yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian DIA menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

Justeru itu, melakukan amal kebajikan adalah merupakan satu tuntutan daripada Allah SWT terhadap hambanya. Amalan kebajikan itu adalah merangkumi setiap perbuatan dan kelakuan yang boleh menghampirkan diri kepada Allah SWT yang mengikut segala panduan dan batasan yang ditentukan oleh syarak.

Perlu kita ketahui, setiap amalan soleh yang dilakukan oleh anak Adam itu mestilah bertepatan dan sealiran dengan 2 syarat utama iaitu :

Pertama : Amalan yang dilakukan itu hendaklah semata-mata ikhlas kerana Allah SWT tanpa ada sebarang perasaan takbur, riak dan ujub kerana semua sifat mazmumah itu akan menghilangkan pahala amalan tersebut.

Kedua : Amalan yang dilakukan itu hendaklah selaras dengan kehendak Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW. Kerana setiap amalan yang dilakukan itu sekiranya tidak mengikut seperti apa yang ditentukan oleh Allah SWT dan Rasulnya akan menyebabkan terbatalnya dan sia-sia bahkan yang diperolehi adalah penat dan lelah sahaja.

Kesimpulannya kita sebagai hamba Allah SWT yang cukup kerdil dan hina ini, maka sepatutnya kita hendaklah sentiasa untuk muhasabah diri kita sama ada kita ini sentiasa melaksanakan perintah Allah atau sebaliknya, sama ada kita sentiasa mengerjakan amal soleh atau tidak. Sama ada kita selalu lalai atau tidak.

Tentang aku.

100% ikhlas kah aku ye?
Sembahyang
Sembahyang pun nak cepat-cepat je,
Nak habis waktu baru terkedek-kedek nak ambik wuduk,
Lepas sembahyang cepat-cepat lipat telekung,
Masa sembahyang pun kepala otak fikir macam-macam,

Sedekah
Kat orang-orang yg selalu minta derma itu dan ini
selalunya dok depan bank..tak pun kat kedai mamak
Kepala otak dok pikir
betul ke tidak
tapi dalam hati dah kat ikhlas
cuma % kurang

iush,uish,...terlalu banyak kekurangannya

Dicedok dari blog indon,

A. Bagaimana Agar Bisa Ikhlas
Ikhlas ini adanya dalam hati, ia tidak tampak dan keikhlasan itu dapat dicapai dengan beberapa cara antara lain:


Belajar Ilmu Islam

Artinya ketika seseorang banyak belajar agama ia akan tahu apa yang terkandung dalam Al-Qur’an dan Hadist-hadist Nabi. Diantaranya akan mengetahui bagaimana ruginya jika tidak ikhlas ketika berbuat amal soleh. Pahalanya menguap, raganya capek namun tidak berbuah apa-apa.


Banyak Berlatih (Riyadhoh)

Perolehan ikhlas itu bisa diraih dengan banyak latihan sacara kontinu.Seseorang yang jarang bersedekah dimungkinkan ia tidak ikhlas karena jarang ia lakukan. Namun ketika ia sering bersedekah sekali dalam seminggu misalnya, ia mungkin sekali bisa ikhlas namtinya ketika ia membiasakan diri dengan perbuatan itu. Contohnya seseorang yang terbiasa shalat sejak kecil, maka ketika beranjak dewasa atau berusia lanjut, ia dipastikan sudah ikhlash dalam shalatnya karena sudah terbiasa melakukannya.
Namun tidak mengapa ada perasaan ingin dipuji ketika pertama kali melakukan ketaatan, karena Ikhlas tidak mungkin diperoleh dengan isntan ketika itu juga. Dan jangan pula menjadi halangan untuk tidak melakukan ketaatan karena takut riya (ingin dipuji orang). Yang penting teruskan perbuatan itu secara berkala dan sambil berlatih untuk Ikhlash.
Salah satu cara agar Ikhlash itu berusaha tidak membicarakan perbuatan kita di depan orang lain, atau tidak mengisyaratkan bahwa kita sedang, atau akan melakukan ketaatan.


Selalu Mengingat Mati

Orang yang sadar bahwa ia akan mati, pastilah ia akan berusaha banyak melakukan ketaatan. Dan ia pasti sadar bahwa amalannya itu hanya untuk Allah semata karena ia tahu bahwa amal tanpa ikhlas tidak akan berarti apa-apa.

Tuesday, October 6, 2009

Mengapai Kehidupan Abadi



Setelah mengoogle, tak banyak info yang menceritakan
secara details ataupun mungkin aku yang tak pandai
mengoogle kot.Kalau ada website yg menjelaskan secara
terperinci satu persatu lagi best.Aku ada terjumpa
satu blog indon lupa nak add favorites.bila nak google
balik dah tak jumpe.Sbbnya kat blog ada details- cth
Sedekah makanan- sedekah macamane, buat moreh bulan
ramadhan-patutlah berebut-rebut orang booking nak
sponser buka pose-utk bekalan diakhirat sana,
sedekah kat rumah anak-anak yatim dll.

Ini aku copy dari satu blog dari Indon gak, so bahasanye
kureng sikit nak faham..


Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (An Nahl 96)

Ada 3 pesan singkat dari Allah swt yang terkandung dalam surat An Nahl ayat 96 diatas, yaitu:


1.Semua yang ada pada kita, tubuh yang cantik dan indah, harta berlimpah berupa rumah, mobil, tempat usaha dan lain sebagainya pasti akan lenyap dan musnah.

2.Yang kekal dan abadi hanya apa yang ada disisi Allah, berupa amal soleh, infaq, sedekah, harta jariah, ibadah pada Allah, kalimat dzikir, tasbih, istigfar dan lain sebagainya.

3.Allah akan membalasi orang yang sabar dengan yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan didunia ini.

Dalam kehidupan sehari hari kita sering lupa, bahwa apa yang ada pada kita seperti tubuh yang indah, rumah, kendaraan, harta berlimpah, pangkat, jabatan, karib kerabat semua itu akan musnah, dan lenyap dari sisi kita. Suka atau tidak suka kita pasti akan berpisah dengan semua itu. Kita yang meninggalkannya (meninggal dunia) atau semua kesenangan dan kenikmatan itu yang meninggalkan kita (hilang, terbakar, diambil orang dan lain sebagainya). Sepanjang hidup kita disibukan mencari dan mengumpulkan sesuatu yang pasti lenyap itu. Kadang kala kita mendapatkannya dengan cara yang tidak terpuji.


Kita sibuk mencari dan mengumpulkan sesuatu yang pasti musnah dan lenyap dari sisi kita, sehingga lupa mencari dan mengumpulkan sesuatu yang kekal abadi menemani kita sepanjang zaman, tidak bisa lenyap dan musnah. Amal soleh , ibadah, dzikrullah, infak, sedekah , ilmu pengetahuan adalah sesuatu yang kekal abadi menemani kita sampai pada kehidupan akhirat.


Jadinya kat sini, untuk mengapai kehidupan abadi

1) amal soleh
2) infaq ( zakat & non zakat )
3) sedekah
4) harta jariah
5) ibadah pada Allah
6) kalimat dzikir
7) tasbih
8) istigfar
dan lain sebagainya.

mampukah aku ???

tiba-tiba teringat lagu Raihan..

I'tiraf
Raihan
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu


Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu




Sunday, October 4, 2009

Bersyukur



Bersyukur yang amat-amat kepada Allah..
Dilahirkan didalam keluarga yang amat bahgia..

Abah seorang bapa yang amat penyabar..
Abah senantiasa tenang dalam kehidupan..

Emak seorang ibu yang senantiasa menasihati anak-anaknya..
malah bagi ku emak walaupun tak kerja dok rumah..
seorang usahawan yang berjaya...plan hari tua yang baik..
rumah sewa walaupun kecil-kecilan..tapi amat berhasil
untuk bekalan di hari tua...

Adik beradik & ipar duai yang amat memahami..

Anak-anak buah yang senantiasa meriuh rendahkan rumah
kat kampung..

Cukup bersuukur..

Alhamdullilah..

tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu Black( Mas edayu)

aku rindu,
aku cinta,
aku sayang kamu...



p/s. gambar masa Raya baru2 ini di cilok dari Atik.

Dunia Sementara & Akhirat Kekal Abadi

Semenjak dah tua-tua ni..terasa lak mambaca bab-bab
agama ni amatlah menarik....
kalau sebelum ni..sure pi ke website yg tak pekdahnya..

ada satu blog ni, amat-amat menarik hatiku
ada tafsir al quran (1 Quran) dengan surah -surahnya..
dengan tafsirannya menggunakan bahasa
melayu yang amat senang difahami, ditambah yg tuan qari yg baca al quran
yang berlagu-lagu..mendayu-dayu hmmm sedap tul..
aku ni ngaji tak de le pandai sangat, bahasa arab lagi zero.
tak pernah pi sekolah agama pun, harapkan kelas agama islam
dr sekolah kebangsaan aje..sampai ke u je..
so sekarang anak darjah 3 sekolah belajar bahasa arab..
tanya memang zero..
tengok kat situ ada tulis isten2quran.com.
tapi try gode-gode tak reti nak download lak..
bukan ape..katakan kalau tuan punya blog buat private..
habislah..kat mana nak cari..rugi rugi..

cite pasal dunia sementara & akhirat kekal abadi..

dunia sementara..
aku rasa semua nya pun sama..
kecil-kecil,
lepas tu belajo pandai pandai,
lepas tu masuk u,
lepas tu dapat kerja,
lepas tu beli kereta,
lepas tu ada jodoh kahwin,
lepas tu ada rezeki dapat anak dan didik jadi anak soleh & solehah,
lepas tu beli rumah,
lepas tu pi jalan sana jalan sini..
lepas tu dari rumah kecik nak dok rumah besar,
lepas tu kalau boleh semua hutang nak cepat-cepat bayar,
lepas tu naik haji,
orang pun nampak..oh bahagianya di dunia ini...semua dapat.

tapi akhirat kekal abadi..
apa yang kena buat dan macamana nak dapat bahagianya di akhirat nanti..

so aku pun telah mengoogle le..
tapi hampeh..
banyak nye keluar pasal politik
orang ummmno le, pas le..tak masuk syurga..

so kena usaha lagi..

ada tugasan yang perlu diselesaikan...

Allah senantiasa menerima doa kita

Tiba-tiba teringat tazkirah yg didengar masa bulan Ramadhan baru-baru ini..

Ustaz yg bagi tazkirah ni, diberi masa 10minit je oleh pak iman, sbb tazkirahnya

dibuat antara solat Isyak & Terawih..

biasalah bila solat terawih ni, kalau boleh memang nak cepat cepat aje...

Tapi yang pasti ustaz tu cerita pasal doa & janji Allah terhadap doa hamba-hambanya..

yang masih aku ingat tak silap, Allah tetap akan makbulkan doa dari hamba-hambanya

cuma cepat atau lambat..

1) cepat- on the spot- cth submit tender besok dah dapat approval

2) lambat sikit- mungkin setahun, 2 tahun, 3 tahun- naik pangkat

3) di akhirat nanti-janji Allah bagi umat yang senantiasa menurut segala perintahNya..

so hari ini google..nak cari cerita panjang pasal doa kita kepada Allah..

bila dibaca amat-amat bermakna...

berdoa dan terus berdoa...insyallah..

Firman Allah dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo`alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu"

Mungkin akan ada yang bertanya: "Allah telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do`a sesiapa yang berdo`a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo`a tetapi kesan do`anya tidak dapat dilihat secara zahir?". Untuk itu, maka para `ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami' li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do`a) bukanlah bererti semestinya setiap do`a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon.. Bahkan do`a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith Abi Sa`id al-Khudri di bawah:

Maksudnya:

"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo`a dengan sesuatu do`a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

Menerusi hadith di atas, baginda Nabi s.a.w. telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do`a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah menerusi tiga keadaan berikut;


Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seleuruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: "Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah!!!. Demikian kiranya do`a dimakbulkan.

Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah tidak memaqbulkan sesuatu do`a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam,baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah kepadanya. Allah mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do`a tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do`a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do`a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do`a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.

Ketiga: Do`a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah yang barangkali datang hasil dari do`a-do`a kita yang berbagai kepada Allah.

Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah S.W.T.

Wednesday, September 30, 2009

Solat

masa kecik-kecik mak&abah akan memarahi kalau tak sembahyang..

lagi-lagi bila nak masuk waktu magrib, walaupun Azan

berkumandang sekuat-kuatnya..kat sebelah rumah..

pasti ada syaitan-syaitan berbisik bisik di telinga..

tengok tv lagi best...sbb banyak cerita menarik jam 7 mlm..

dah dekat nak habis magrib baru kelam kabut nak ambil air sembahyang

tapi dah besar ni..hati & iman yang kena kuat dari diri sendiri

dah tak de leteran dari mak&abah...cuma tinggal nasihat-nasihat

apabila bertemu sekali sekala..

terlalu sibuk dengan hal duniawi, terkejar sana sini..

kadang-kadang terleka..

kuatkanlah..hatiku.

Keinsafan

video klip yg bisa menyentuh hati...

Tuesday, September 29, 2009

Puasa Sunat Bulan Syawal

Ramadhan telah berakhir, Syawal telah bermula..
Amalan-amalanku di bulan Ramadhan yg lalu..
jika dihitung terlalu banyak kekurangannya..
Nak tunggu Ramadhan akan datang, entah kan sampai
entahkan tidak...

Semoga amalan puasa sunat 6 hari Syawal tahun ini
dapat aku tunaikan..

Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

Wednesday, August 5, 2009

Nisfu Syaaban 2009


Cerita pasal Nisfu Syaaban ni, selalunya
Mak tersayang kat kampung akan menelefon
anak2nya di perantauan pada hari Nisfu Syaaban ni..
Berpesanlah mak " jangan lupa lepas magrib baca Yassin 3 kali
bersama-sama doa yang sepatutnya mengikut turutan..
buku amalan kita akan diganti dengan yang baru"......

tapi mungkin kesibukan tahun ini mak lupa nak
berpesan pada anak-anaknya..lagipun hakikatnya
anak2nya semua dah beso-beso....yang mempunyai
tanggungjawab pulak memberitahu anaknya
bertapa bermaknanya Malam Nisfu Syaban......

Nota: Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosaku...

Tuesday, July 28, 2009

Kereta Kotak Syahmi



Photo-photo ini telah lama tersimpan tetapi
tidak sempat di post ke blog.Kereta kotak ini
pun telah dibuang, jadilah pic ni sebagai kenangan
buat Ami bila dia dah besar nanti...


Nota: Gadget oh gadget...

Monday, June 29, 2009

Hari Bapa





tengah mengemas meja yang memang senantiasa berselerak,
tup-tup terjumpa surat yang tulis oleh Ami utk ayahnya...


terlupa kot nak beri kat ayahnya...

Wednesday, May 20, 2009

Hari Ibu












Terima Kasih Ammi,
Dapat bunga hiasan dan kad yang dibeli dari kedai buku sekolah guna duit tabung.
Nota : Mak sayang Ammi


Monday, April 13, 2009

Dah tua


tahun 2009, bertambah satu lagi digit..

yee haa..dapat ipod shuffle.

Wednesday, March 25, 2009

Entah

Dah lebih 2 bulan tak mengupdate blog

macam-macam perkara, macam-macam cerita,
macam-macam perangai, macam-macam songeh,

cerita-cerita sedih, cerita-cerita gembira,
dan macam-macam cerita..

tapi selagi kita bernyawa semuanya kena
hadapi dengan kekuatan hati yang kuat..

kerana Allah, dalam apa perkara sekalipun,
Dia senantiasa berada disisi kita..
dan memberi yang terbaik untuk kita..

Sunday, January 4, 2009

Besok Pergi Sekolah !!

Setelah bercuti lama, esok sekolah bermula kembali.

My hero akan masuk tahun 3.Tapi tahun ni tak sempat
beli apa2.Kasut & tie sekolah je baru.Kelengkapan
lain semua pakai yang tahun lepas. Maklumlah dah masuk
tahun 3, so tak kisah pakai yang lama. Tahun 1 dulu, aku
beli seluar beso, so sampai masuk Tahun 3 pun boleh pakai
lagi, cuma colour ade sikit kureng le..

Itupun hari ini baru sempat belikan kasut sekolah, punyalah ramai
orang penuh kedai. Kesian kat minah2 yang jaga kedai tu..
Macam-macam ragam ada la..

Buku sekolah pulak, baru beli hari Khamis lepas. Banyak
buku dah habis.Separuh aje yang ada. So kena tunggu lah
pulak...tu la last minutenya shopping, padahal sekolah
belakang opis je..

Nota: Semoga Tahun 2009 memberi kejayaan buat anakku. Amin