Monday, November 30, 2009

Raya Aidiladha -Ibadah Korban

Raya tahun ni aku sambut kat kampung.
Tahun lepas aku berhari raya di KL...sedih je..

Jadi dapatlah bersembahyang raya berjemaah
di surau sebelah rumah..
Khutbah raya tahun ni..amatlah menarik..
sungguh sungguh bermakna..
mungkin juga sebab ada yang terkena...

Tahun ni abah mengetuai majlis korban
untuk kawasan lorang kami menghuni..
ke sana ke sini ke depan ke belakang ke hulu ke hilir...
sampai ke malam abah mengintai-intai jiran-jirannya..
kerana menjadi tanggunjawabnya dalam
memastikan daging korban digihkan kepada yang sepatutnya..
sungguh banyak pengorbanan abah..
dalam hal-hal melibatkan surau ni..
tapi tidak pernah ku dengar sebarang keluhan dari abah..
semuanya dianggap ibadah...

cerita pasal korban, macam-macam cerita didengar..
zaman sekarang acara korban rasanya sudah tidak
macam zaman dulu-dulu..
mungkin juga sebab RM350-RM380..
senang-senang je orang zaman sekarang nak keluar..
tapi tidak baik berburuk sangka..setiap korban
yang dibuat pasti saje ada ganjaran dariNya..
daripada tidak buat langsung tidak dapat apa-apa..

Dibawah ini cerita pasal korban yang dicedok
dari blog-blog lain...


Meskipun haiwan yang disembelih, namun sesungguhnya Allah tidak melihat kepada daging dan darah haiwan dikorbankan itu. Yang dilihat Allah adalah niat ikhlas dan taat yang ada pada diri orang yang berkorban. Allah berfirman yang bermaksud: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya.” (Surah al-Hajj, ayat 37)

Mengikut amalan sunnah dalam pembahagian daging korban ialah satu pertiga untuk diri dan keluarga, satu pertiga untuk jiran tetangga manakala satu pertiga untuk golongan fakir dan miskin.

Namun seandainya disedekahkan semuanya kepada orang lain, itu lebih baik dan sempurna. Bagaimanapun, digalakkan kepada orang yang berkorban untuk mengambil sedikit daging korban untuk dirinya dan keluarga sebagai tabarruk (berkat)..

Kesimpulanya..
Seelok-elok korban semuanya disedekahkan semuanya kepada orang lain..
Seekor lembu, dibahagi 7 bahagian, lepas itu pulak 1/3 untuk tuan
& keluarga..kalau dicongak-congak 1/3 dari RM350 yang dibayar..
hanya RM116.66 je untuk diagih-agihkan kepada keluarga...kalau
sekilo berapa RM??..so dapat berapa kilo je..
fikir-fikirkanlah...