Thursday, December 31, 2009

Tahun 2010

Ada sedih, Ada gembira,
Ada menangis, Ada ketawa
Ada mengamuk, Ada dihamuk
Ada mengutuk, Ada memuji
Ada disakit, Ada disayang

Semuanya akan berlalu,
antara percaya atau tidak percaya

Begitulah..
berlalunya tahun 2009.

Tahun 2010??

Ya Allah, Ya Tuhanku.
Semoga Kau Berkati kanlah Kehidupan ku..

Sunday, December 20, 2009

Hijrah

Maal Hijrah..

bila maal hijrah,aku mesti teringat lagu nasyid ini.
masa zaman aku sekolah darjah lima @ enam agaknya.
kalau lagu ini keluar televisyen gerenti aku melalak
sebab ada lirik sekali, walaupun aku ini memang suka-suka buat
lirik sendiri, sebab selalu kena perli dengan adik beradikku.
Sekurang-kurangnya budak-budak sekolah boleh ingat sejarah Hijrah..
Tidak silap lagu ia macam dibawah..tetapi tidak ingat sampai habis.

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Bla,bla,bla...
( tidak ingat lirik )

dan lagi satu nasyid budak lelaki sekolah yang
yang masa dulu-dulu kira "handsome" lah..
menjadi pujaan-pujaan budak sekolah..hahahha
tidak silap lagu nasyidnya berbunyi macam ini..

Ugama Islam, Ugama Rasmi
bla, bla, bla..

Ya Illahi, Ya Rabbi
Anugerahi kami
Kejayaan yg sejati
bla,bla,bla..

lagu-lagu nasyid ini
memberi makna yang berkesan buat
aku masa zaman-zaman sekolah dulu..

tapi sekarang zaman dah berubah..
budak-budak sekolah sibuk dengan
lagu-lagu 'omputih'
malahan jika persembahan akhir tahun
pun, budak-budak sekolah ini
didendangkan dengan lagu-lagu
motivasi yang mengarut..

tiada lagu-lagu nasyid macam aku
sekolah zaman dulu..
tiada lagi pertandingan nasyid
antara kelas-kelas..

lagu paling 'glamour' masa sekolah dulu
Selimut Putih siap ada buat persembahan
akhir tahun lagi pasal' Selimut Putih'
hahaha..teringat-ingat lagi la.
jadi pelakon tambahan..

lagu ini aku ingat lagi sampai sekarang

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa lkerenda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Apa hijrah aku?????????
macam-macam ada dalam kotak fikiran aku tetapi
macam-macam alasan yang dalam hati aku..