Thursday, February 18, 2010

Abah & Mak

Tiba-tiba sahaja teringat dekat mak & abah dikampung.
Padahal baru sahaja menghabiskan cuti 'qong xi fa cai'
di sana.Aku ini bila teringat dekat abah & mak pasti rasa
sayu, kasih sayang mereka tidak ternilai.

Ini semua adalah disebabkan tiba-tiba kawan mengingatkan..
apa yang dikejar didunia ini,tidak seimbang dengan
apa yang dikejar di akhirat kelak.Sibuk hal dunia,
sampai kewajipan yang penting sering dilalaikan..

Baru-baru ini abah minta sumbangan untuk surau dekat sebelah
rumah.Di samping itu abah mengingatkan aku, dunia dunia juga,
akhirat kena ingat,walaupun abah berkata-kata sambil melawak,
maksudnya amal mendalam.Sebab abahku bukan
yang jenis suka terus menegur anak-anaknya.Segala kata-kata
abah bertertib.Senantiasa memberi kata-kata nasihat.

Mak pulak selalu mengingatkan aku,senantiasalah mengingatkan
anak solat, selalu dengar anak mengaji Quran.Jangan biarkan anak
sibuk dengan hiburan semata-mata.Dulu tanggungjawab mak
kepada aku, sekarang menjadi tanggungjawab aku pulak.

Bak lagu Rabbani '....anak solih sebagai harta...

Sebab anaklah menjadi bekalan aku diakhirat kelak,
yang akan tolong bacakan surah Yasin untuk aku bila aku
tiada kelak...

Insyallah