Friday, October 12, 2012

Hidup Mati hanya padaMu Ya Allah

Alfatihah- wajib dibaca

Subuh-2 kali
Zohor- 4 kali
Asar- 4 kali
Magrib- 3 kali
Isyak- 4 kali

Jumlah semua, 17 kali..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyanyang...

Setiap kali sembahyang...sambil membaca Alfatihah, sambil otak mentafsir maknanya..
Indahnya  hati bila hati  sebati bersama maksudnya
Bertambah indah pabila Iman membaca dengan suara yang merdu, sebagai makmun bersembahyang dibelakang otak diset mentafsir maksudnya

Allah, Allah, Allah..

Bila disebut, hanya Engkau yang kusembah & engkau tempat memohon pertolongan.

Hanya Allah Tempat kita bermohon...

Hidup dan Mati hanya padaMu Ya Allah..
Aku bermohon padaMu Ya Allah..
Masukkanlah aku ke syurga Ya Allah
Temukanlah aku bersama sama keluargaku disana Ya Allah..


Moga Maksud Alfatihah ini, tersemat dihatiku, hingga ke akhir umurku Ya Allah...


Segala puji pujian bagi Allah
Tuhan semesta alam
Yang maha pengasih dan penyanyang
Yang mengusai hari pembalasan
Hanya Engkau yang aku sembah & Hanya Engkau aku memohon pertolongan
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah beri nikmat kepada mereka
Bukan jalan yang Engkau murkai dan jalan yang sesat....

Kekuatan Alfatihah, Kekuatan Akal Fikiran

Monday, December 26, 2011

Paris-London-Scotland


Alhamdullilah, pada 8/11 to 20/11, saya dapat melawat negara Eropah.

Bermula dengan menaiki pesawat Air Asia ke Paris,
Diteruskan dengan menaiki Keretapi Eurostar ke bandar London,
Meneruskan lagi perjalanan menaiki pesawat British Airway pergi dan balik ke
bandar Ediburgh, Scotland
Dan akhirnya saya pulang menaiki kapal pesawat Malaysia Airline ke Kuala Lumpur

Pelbagai kenangan manis yang dilalui.

Dan di hati berkata-kata, ingin ku lawati negara-negara
Eropah yang lain di masa akan datang...

Gambar di atas, adalah lakaran gambar Muhd Syahmi,
Muhd Syahmi teramatlah teruju untuk melawat
Disneyland Paris, oleh itu dia telah melukis gambarajah
stesen-stesen keretapi yang perlu kami lalui
bermula turunnya kami dari pesawat Air Asia
di Orly, Paris airport sehinggalah ke stesen Gare Du Nord
di mana keretapi Eurostar berada untuk ke bandar London.

Friday, June 17, 2011

Alhamdullilah..



lama betul tidak meng-update blog

sebabnya tak de cite yg menarik pun..

sibuk saje memanjang..

dah bulan 6 ropenya..

alhamdullilah..

Syahmi dah khatam Al Quran

Thursday, February 24, 2011

56 dah berlalu

Iye...56 hari sudah berada di tahun 2011

pencapaian ???

nak ubah ini, nak ubah itu,
nak buat ini, nak buat itu,
nak itu, nak ini,

lagi 309 hari...

Thursday, January 6, 2011

Sudah 5 hari


Arghhh......sudah 5 hari aku berada dalam tahun 2011

sana-sini sibuk orang berkata tentang azam.

aku dan azam ? entahlah....

yang pasti setiap hari aku berazam untuk senantiasa
mendapat keredhaanNya dalam setiap apa yang aku
lakukan tidak kira tahun baru mahupun tahun lama..

apa yang aku harapkan agar tahun 2011 dan tahun-tahun seterusnya
semuanya mendapat keberkatanNya & kerahmatanNya

insyallah

Selamat Tahun Baru 2011

Tahun 2011 adalah tahun yang baru harus membuat azam baru untuk kanak-kanak harus belajar rajin.

*di tulis oleh my super hero. Muhammad Syahmi. Darjah 5. Sek Setia Budi.