Sunday, November 30, 2008

Apa dah jadi ??



Aku rasa, penggunaan Bahasa Melayu aku dalam penulisan
telah berubah semenjak aku menulis didalam "blog" ini.
Bahasa yang aku tulis telah menjadi tunggang terbalik
dan ejaan-ejaan juga telah diubah sesuka hati mengikut
selera aku sendiri dan aku yakin pastinya jika guru
sekolah membuat pemeriksaan di atas kertas ujian aku
pastinya aku gagal.Dalam penggunaan penulisan Bahasa Melayu,
aku sesuka hati menyelitkan Bahasa Inggeris.
Selepas itu tanpa ada tanda koma, tanda seruan, tanda
titik yang wajib diletakkan di tempat yang betul.

Apa sudah jadi? Dimanakah hilangnya kesenian dan
tatabahasa Bahasa Melayu yang sebenarnya?
Tetapi aku rasa jika aku menggunakan Bahasa Melayu
yang tertib dan betul, segala cerita-cerita menjadi
tidak menarik dan terlalu formal seperti yang aku cuba
laksanakan disini.

Maka pada masa hadapan adalah tidak khuatir, kita
akan melihat Bahasa Melayu menjadi "rojak" atau hilang
disebabkan penggunaan bahasa "rojak" ini bukan terhad
kepada budak-budak remaja sahaja tetapi tidak kira tua
atau muda, makcik-makcik, pakcik- pakcik, semuanya telah
menggunakan bahasa melayu "rojak" sebagai media
penulisan mereka.

Nota: Sebagai renungan sahaja. Sebab selepas ini aku akan menulis
Bahasa Melayu " rojak " juga. Ha ha ha ha

No comments: