Tuesday, September 29, 2009

Puasa Sunat Bulan Syawal

Ramadhan telah berakhir, Syawal telah bermula..
Amalan-amalanku di bulan Ramadhan yg lalu..
jika dihitung terlalu banyak kekurangannya..
Nak tunggu Ramadhan akan datang, entah kan sampai
entahkan tidak...

Semoga amalan puasa sunat 6 hari Syawal tahun ini
dapat aku tunaikan..

Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

No comments: