Wednesday, October 21, 2009

Upah Haji




Upah haji.

Macam-macam cerita aku dengar, baru bab upah haji belum
lagi pergi haji..terlalu naif dan malunya bila orang
bercerita pasal agama..terlalu banyak ayat-ayat @
maksud-maksud yang bergitu jarang di dengar..
nampak sangat ilmu agama terlalu kurang didada..

telah lama kucari-cari,banyak org dah aku tanya,
ada yang mahal, ada yang murah..
kain rentang sana sini, tapi bila tanya opis tak tahu kat mana..
katanye kalau murah, dia upah orang indon di sana
dan pelbagai cerita yang diterima, doa masuk syurga tertukar
masuk neraka sbb bahasa arab yang tunggang langgang, orang dah bergerak
dia masih tidak bergerak tapi wang telah diterima..
wallahualam...ini tuhan punya kuasa semuanya adalah hakNya..

ada kawan kata lebih baik aku ke sana dan jumpa
sendiri dengan orang yang mengerjakan upah haji ni,
lebih baik katanya, sbb kalau main upah-upah ni
entahkan betul entahkan tidak..entah buat entahkan tidak
tapi aku percaya ini semua adalah adalah urusanNya.
niat untuk buat upah haji utk arwah telah
disebut berkali-kali, syukur dengan rezekiNya,
akhirnya tadi berjumpa dengan seorang wakil upah haji,
dan alhamdullilah encik abang tunaikan niat upah haji untuk
arwah ibunya..

moga-moga diakhirat dunia abadi nanti bertemu jua,
walaupun hakikatnya aku pun tak pernah mengenalinya..
insyallah..

Di cedok dari web lain..

Perlaksanaan Upah Haji

1) Wakil mencari orang yang mengerjakan Upah Haji/Badal Haji dari kalangan orang dipercayai iaitu orang Arab berketurunan Patani, Para Tahfiz/ Pengajar dan Ustaz yang menetap di Kota Makkah Al-Mukaramah yang mempunyai pengalaman luas dalam mengerjakan Haji dan Umrah.
2) Wakil akan menghubungi Pengupah setelah selesai, menyatakan tentang Badal Haji yang telah disempurnakan di Tanah Suci pada musim tersebut.
3) Sebagai tanda Upah Haji/ Badal Haji, wakil menyediakan tanda seperti SIJIL dan IRINGAN2 lain.

Telah dicedok dari website ustaz abdul halim.

Pahala anak yang mengerjakan Haji untuk kedua orang tuanya.

Dari Ibnu Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak kedua ibu bapanya, atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di Hari Kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan Allah swt)”
Dari Jabir bahawa Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan Hajinya dan mendapat pahala sepuluh Haji”.

Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah saw bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan Haji untuk kedua ibu bapanya maka akan diterima ibadah Haji tersebut dari dia dan dari kedua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada ruh-ruh ibu bapanya dan ditulis di sisi Allah sebagai satu kebajikan”. Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali, sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan Haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah Hajinya itu.

Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi saw
dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan Haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia. Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”. Nabi saw menjawab, “Kerjakanlah Haji tersebut bagi pihaknya. Jika ibumu berhutang dengan seseorang, adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut? Maka tunaikanlah hak Allah (iaitu Haji) kerana ia lebih patut dilunaskan”. (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari)

1 comment:

amani said...

Ok tak dorang wat Upah Haji.. Ada apa2 masalah tak??